Home > Bahasa Melayu
Balai Bomba Bangar Terima Lawatan SR Batu Apoi
SALAH seorang murid daripada rombongan tersebut menyertai demonstrasi memadam kebakaran
October 23rd, 2018 | 07:45 AM | 549 views
TEMBURONG
Balai Bomba Bangar Daerah Temburong menerima lawatan sambil belajar daripada rombongan Sekolah Rendah Batu Apoi pada Sabtu lalu, 20 Oktober 2018.
Rombongan disertai seramai sembilan orang murid, seorang guru pengawas dan juga para ibu bapa murid-murid.
Rombongan dialu-alukan oleh Ahli Bomba Kanan 464 Yusuf bin Haji Jerudin, ABK.498 Md. Alli bin Haji Lakim serta anggota yang lain.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Balai, Md. Aini bin Haji Muli.
Seterusnya rombongan diberikan penerangan mengenai struktur organisasi, tugas serta peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Murid-murid, para ibu bapa dan guru berkesempatan menyaksikan demonstrasi memakai bunker suit dan alat pernafasan serta tatacara memadam kebakaran.
Di samping itu juga, rombongan melihat lebih dekat peralatan-peralatan kebombaan yang digunakan semasa menghadiri sebarang panggilan kecemasan sama ada untuk menyelamat dan memadam kebakaran.
Rombongan juga berpeluang untuk menaiki kereta Bomba.
Di akhir siri lawatan, rombongan diberikan saranan dan nasihat agar meningkatkan keselamatan dan pencegahan kebakaran, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan Bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.
Turut diingatkan agar sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya dan berhati-hati serta mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]