Home > Bahasa Melayu
JPI Anjur Kejohanan Futsal Sempena Hari Guru Ke-28
October 23rd, 2018 | 07:48 AM | 233 views
JERUDONG
Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama baru-baru ini telah mengadakan kejohanan futsal bagi kalangan pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan di bawah JPI bersempena Sambutan Hari Guru Ke-28.
Kejohanan yang berlangsung pada Jumaat lepas merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi Jabatan Pengajian Islam untuk menggalakkan pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan jabatan bergiat aktif dalam sukan demi kesihatan fizikal dan mental, di samping dapat menanam serta memupuk semangat kesukanan, silaturahim, bersatu padu, setia kawan, harmoni dan sejahtera dan untuk menimbulkan perasaan 'Ukhwah'.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Awang Haji Rusli bin Haji Md. Salleh.
Sebanyak 22 pasukan termasuk pasukan jemputan bertanding di kejohanan tersebut yang mengambil tempat dikompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]