Home > Bahasa Melayu
DANA Terima Sumbangan BND568.51
PEGAWAI Eksekutif DANA, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dalam sesi bergambar ramai bersama Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim Serasa, Dayang Norliyana binti Haji Ahmad berserta rombongan.
October 23rd, 2018 | 07:52 AM | 733 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima sumbangan keseluruhan berjumlah BND568.51 daripada Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Azim Serasa, iaitu sebahagian hasil kutipan daripada walkaton 'SUPMAA Serasa Siuk'.
Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Pegawai Eksekutif DANA, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama tersebut, Dayang Norliyana binti Haji Ahmad.
DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA ke arah usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sekretariat bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]