FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Kapal Belia Bertekad Jaga Imej Negara


GAMBAR ramai Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria bersama para peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara 2018.

 


 October 23rd, 2018  |  07:57 AM  |   1389 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-45, 2018 bertekad untuk sentiasa menjaga nama baik dan imej Negara Brunei Darussalam.

 

Awang Mohd. Nabil Fikri bin Mudim Haji Suhaili selaku Ketua Belia ketika ditemui berkata, mereka sebagai duta kecil negara berharap akan dapat mengharumkan nama Brunei Darussalam, di samping berharap program berkenaan akan dapat menjadikan mereka lebih matang dan lebih berkebolehan selaras objektif program dalam membantu perkembangan belia di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurutnya lagi, mereka telah mempersiapkan diri dengan melakukan pelbagai latihan seperti latihan kepimpinan, kebudayaan serta sesi-sesi perbincangan yang mana semua itu sangat berguna termasuk latihan dari segi mental dan fizikal.

 

Di sepanjang program nanti tambahnya, mereka akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti sesi perbincangan bersama para peserta dari negara lain dan juga persembahan kebudayaan dari setiap kontinjen, di samping menyertai seminar untuk mempersembahkan dan memperlihatkan budaya-budaya Brunei serta Program Keluarga Angkat di setiap persinggahan.

 

Kontinjen negara yang terdiri daripada 28 orang belia dan seorang Ketua Kontinjen  berlepas ke Jepun bagi menyertai Rancangan Kapal Belia tersebut yang diketuai oleh Awang Haji Muhammad Iqbal Fakhri bin Haji Damit.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

 

Pada kesempatan itu, Pemangku Setiausaha Tetap KKBS turut memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada kontinjen negara.

 

Rancangan Kapal Belia berkenaan merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun bermula sejak 1974 dengan tujuan bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa di kalangan belia-belia ASEAN dan juga Jepun, di samping mempelajari adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara.

 

Penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali ke-33 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985.

 

Program selama 52 hari itu bermula pada 23 Oktober hingga 13 Disember 2018 dan membawa bersama 330 orang belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru serta membuat persinggahan ke beberapa buah negara yang dipilih termasuk Negara Brunei Darussalam, Manila Republik Filipina, Bangkok Thailand, Ho Chi Minh Viet Nam dan akan berakhir di Tokyo, Jepun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07