FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Awasi Anak Kitani Tingkat Kesedaran Ibu Bapa


PEGAWAI wakil daripada Syarikat IT Protective Security Services (ITPSS) Sdn. Bhd semasa memberi taklimat pada Program tersebut

 


 October 23rd, 2018  |  08:04 AM  |   307 views

TEMBURONG

 

Melalui Program Awasi Anak Kitani, masyarakat mukim dan kampung khususnya yang mempunyai anak-anak remaja akan mendapat ilmu pengetahuan yang boleh membantu mereka mengawasi serta bertindak jika menyedari perbuatan anak-anak mereka yang mencurigakan.

 

Ibu bapa atau penjaga juga diharap supaya akan sentiasa berbincang dengan anak-anak supaya akan dapat menjalinkan hubungan baik antara keluarga, masyarakat dan orang ramai.

 

Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar selaku Pengerusi Majlis pada Program Awasi Anak Kitani (AAK) yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Mukim Bokok, Daerah Temburong pada 18 Oktober baru-baru ini.

 

AAK tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Temburong bagi Mukim  Bokok  dengan Kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) dan Syarikat IT Protective Security Services (ITPSS) Sdn. Bhd.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat, Awang Haji Emran bin Haji Sabtu selaku Penghulu Mukim Bokok.

 

Taklimat pertama disampaikan oleh wakil JKDN mengenai tugas dan tanggungjawab jabatan berkenaan termasuk isu-isu keselamatan dalam negeri di bawah pantauannya.

 

Sementara taklimat mengenai ancaman dan jenayah siber disampaikan oleh Pegawai Operasi dari Syarikat ITPSS Sdn. Bhd, Pengiran Mohd. Farrid Zulhusni bin Pengiran Aziz dengan tajuk Menjaga Anak-anak Awda Selamat Dalam Talian.

 

Turut dikongsikan ialah tip pengguna bijak dalam penggunaan teknologi termasuk panduan ibu bapa dalam mengawasi penggunaan IT dalam kalangan anak-anak.

 

Manakala Pegawai Narkotik, Awang Wasli bin Haji Tuah menyampaikan taklimat mengenai keburukan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat yang semakin membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius.

 

Taklimat tersebut juga turut berkongsi maklumat dalam menghadapi anak-anak yang telah terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat tersebut.

 

Program dihadiri seramai 119 orang yang terdiri daripada Ketua-ketua Kampung dari mukim berkenaan, Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Takmir Masjid dan Muslimah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para penduduk dari mukim tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07