FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau Peranan, Pengendalian LTAB


YANG Berhormat AhliI-ahli Majlis Mesyuarat Negara menerima penerangan mengenai perkhidmatan dan laluan E-Channel Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di ruang berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 


 October 23rd, 2018  |  08:10 AM  |   419 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memberikan pendekatan mengenai fungsi, peranan, peningkatan operasi serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), rombongan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan lawatan kerja ke jabatan tersebut.

 

Selain daripada pendedahan yang lebih terperinci mengenai peranan LTAB dalam memudahcara pengangkutan udara serta sistem urus tadbir lapangan terbang, kemudahan-kemudahan dan infrastruktur, rombongan Ahli-ahli MMN juga meninjau secara dekat sistem keselamatan, khususnya dalam pengendalian penumpang dan bagasi, perkhidmatan-perkhidmatan seperti kawalan lalu lintas udara, navigasi udara serta pembekal-pembekal perkhidmatan lainnya seperti syarikat penerbangan, kedai-kedai, restoran, kargo dan lain-lain.

 

Lawatan dimulakan di premis pejabat-pejabat dan perkhidmatan di Dewan Bertolak, Bangunan Terminal Penumpang LTAB bagi tujuan memperlihatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan termasuk perkhidmatan runcit yang membuka peluang pekerjaan.

 

Dianggarkan sejumlah lebih 700 peluang pekerjaan telah disediakan di mana 467 daripadanya diisi oleh anak tempatan.

 

Selain itu, rombongan juga berkesempatan melihat demonstrasi menangani bagasi penumpang yang ditinggalkan tanpa diawasi oleh pihak Polis Lapangan Terbang dan Jabatan Penerbangan Awam, di samping melihat perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, antara lainnya oleh Polis Lapangan Terbang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Rombongan kemudian dibawa melawat ke landasan lapangan terbang yang telah siap menjalani fasa peningkatan dan pemulihan yang telah siap sepenuhnya pada November 2017.

 

Lawatan diteruskan di Bangunan Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang serta ketersediaannya dalam memberikan perlindungan keselamatan kebakaran bagi pesawat-pesawat yang menggunakan LTAB dan berakhir di Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara untuk menyaksikan bagaimana kawalan lalu lintas udara beroperasi seperti kawalan pesawat-pesawat mendarat dan berlepas serta penggunaan ruang udara (overfly).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07