FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Mampu Memacu Pembangunan Ekonomi Mampan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam menyampaikan ucaptamanya pada persidangan.

 


 October 23rd, 2018  |  08:15 AM  |   401 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasaran Modal Negara Brunei Darussalam masih baru, namun lima tahun dari sekarang, adalah diharap kita dapat melihat pasaran modal yang mendalam, memacu pembangunan ekonomi yang mampan melalui mobilisasi dana yang cekap, yang membawa kepada sektor swasta yang cekap dan mewujudkan peluang pekerjaan.

 

Untuk sampai ke tahap itu, negara memerlukan rangkaian individu yang berbakat; perkongsian awam-swasta yang rapat; pemain pasaran (market players) yang boleh memenuhi semua keperluan masyarakat dari individu ke perniagaan kecil ke konglomerat sehinggalah kepada kerajaan; pelabur institusi yang mengambil peranan yang lebih proaktif untuk menyumbang kepada masyarakat dan peningkatan dalam kepelbagaian produk dan inovasi.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam, menjelaskan perkara tersebut semasa menyampaikan ucaptamanya pada Persidangan Pasaran Modal Islam Brunei Darussalam yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

 

''Tetapi yang lebih penting, saya melihat Pasaran Modal dan Pasaran Modal Islam khusus, akan menjadi platform untuk Pelaburan Tanggungjawab Sosial (Socially Responsible Investment - SRI) dan Kewangan Hijau, untuk menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Seperti yang kita tahu, konsep SRI dan 'Green Finance' mempunyai sinergi yang besar dengan prinsip-prinsip panduan utama Maqasid As-Shariah atau Objektif Syariah dalam kewangan Islam,'' ujar Yang Berhormat Menteri.

 

Secara idealnya tegas Yang Berhormat, Pasaran Modal Islam harus menyokong kesan pelaburan, iaitu pelaburan yang dibuat kepada syarikat, organisasi dan dana yang menjana impak sosial dan alam sekitar serta pulangan kewangan.

 

Dengan cara ini ujarnya, kita boleh memanfaatkan Pasaran Modal Islam untuk melabur dalam masa yang lebih baik, bersih dan hijau untuk anak-anak dan cucu-cucu kita.

 

Dalam konteks itu juga, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut melihat potensi yang luar biasa untuk sektor waqaf dalam memacu bukan sahaja pertumbuhan Pelaburan Impak Islam tetapi juga industri kewangan Islam keseluruhan.

 

Jelasnya, ini terutamanya kerana institusi kewangan kini sedang mencari pelaburan kewangan untuk memastikan kemampanan operasi mereka sendiri dan komuniti yang mereka layani.

 

Menggunakan dana waqaf untuk kesan melabur (impact investing) melalui contohnya pembiayaan mikro Islam boleh menjadi langkah utama ke arah mengubah sektor perkhidmatan kewangan menjadi lebih inklusif.

 

''Saya fikir adalah tepat pada masanya kita membuka potensi waqaf sepenuhnya,'' jelas Yang Berhormat.

 

Tambahnya, satu lagi bidang yang berpotensi adalah pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di mana seperti yang kita ketahui, PKS membentuk tulang belakang ekonomi kerana ia menjana pekerjaan serta peluang pertumbuhan lain.

 

Yang Berhormat berasa gembira melihat platform pembiayaan alternatif untuk PKS mula terbentuk di peringkat global, dengan evolusi ekuivalen ekuiti dan platform 'peer-to-peer' yang lain, di mana gangguan (distruptors) cara tradisional pembiayaan telah membuka peluang baru bagi PKS.

 

''Kaedah-kaedah mengumpul dana ini membuka kunci pelaburan dari masyarakat kepada mereka yang memerlukan pembiayaan dan sekali gus menyokong keseluruhan pertumbuhan masyarakat sambil mengurangkan ketidaksamaan. Ini adalah ciri-ciri yang sangat penting dalam kewangan Islam,'' tambah Yang Berhormat.

 

Menurutnya, salah satu peranan penting kerajaan adalah untuk menaikkan ketidaksamaan -  bertindak sebagai penyedia bagi barangan dan perkhidmatan di mana individu tidak dapat menyediakan sendiri, terutamanya dari segi barangan awam yang memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Walau bagaimanapun, jelas Yang Berhormat, ia masih menjadi cabaran untuk membiayai usaha ini, terutamanya untuk projek infrastruktur yang besar dan sektor swasta dapat membantu merapatkan jurang pembiayaan melalui inisiatif SRI.

 

Oleh itu, Yang Berhormat Menteri menyarankan agar lebih banyak penyelidikan dilakukan secara tempatan untuk meneroka bagaimana SRI dan Kewangan Hijau dapat memberi manfaat kepada Pasaran Modal Islam bagi mengurangkan beban kerajaan dalam menyediakan pembiayaan infrastruktur di negara ini.

 

Terdahulu dalam ucaptamanya, Yang Berhormat turut mengongsikan bahawa sejak memperkenalkan Perintah Pasaran Sekuriti 2013, AMBD telah melaksanakan pelbagai insiatif untuk terus merangsang pertumbuhan pasaran modal, termasuk penerbitan Peraturan Pasaran Sekuriti, 2015.

 

Dengan undang-undang dan peraturan baru tersebut, ia menyediakan rangka kerja pengawalseliaan yang lebih jelas bagi pasaran modal dan membolehkan pemain pasaran mengendalikan platform, seperti pertukaran sekuriti, penjelasan, kemudahan perdagangan dan agensi pengiktirafan kredit.

 

Yang Berhormat menjelaskan, aset-aset patuh syariah telah meningkat 82 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding dua tahun lalu. Pasar sukuk juga terus berkembang dengan sokongan berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan jumlah pengeluaran yang mencapai BND12.3 bilion setakat ini, meningkat sebanyak lebih daripada 10 peratus setahun secara purata sejak lima tahun.

 

Dana Islam yang diedarkan kepada pelabur domestik juga telah menunjukkan kedudukan kukuh sekitar BND100 juta sejak tahun 2017.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, satu pencapaian utama dalam Pasaran Modal Islam ialah pembinaan Bangunan AMBD baharu yang akan dibiayai oleh pengeluaran Sukuk Ijarah Mausufah Fi Zimmah, projek infrastruktur pertama di Brunei Darussalam untuk menggunakan pembiayaan sukuk.

 

AMBD baru-baru ini, tambah Yang Berhormat, telah mengeluarkan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah, bertujuan untuk memastikan bukan sahaja produk dan perkhidmatan Institusi Kewangan Islam adalah patuh syariah tetapi juga operasi mereka.

 

Rangka kerja yang luas ini juga membimbing pengawasan pematuhan yang menyeluruh dari institusi kewangan, dari Lembaga Pengarah, kepada Badan Penasihat Syariah, kepada pengurusan dan ke peringkat jabatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07