FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Ke Istiadat Pertabalan Diraja


DULI Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia semasa berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 yang berlangsung di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar

 


 October 23rd, 2018  |  08:18 AM  |   316 views

ALOR SETAR, KEDAH

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri  Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berkenan berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 yang berlangsung di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Anjung Melur, Istana Anak Bukit dialu-alukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato' Nora binti Abdullah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah; Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah; serta  Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Yang Amat Berbahagia Tok Puan Norzieta binti Zakaria.

 

Selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia  dan Yang Teramat Mulia dijunjung untuk menandatangani sebuah Lembaran Kenangan.

 

Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 juga dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang; Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan; Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda dan ahli-ahli kerabat diraja; Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri; Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan para tetamu khas yang lain, bersama isteri masing-masing.

 

Istiadat Pertabalan tersebut dimulakan dengan keberangkatan masuk Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman ke Balairung Seri Besar yang diiringi dengan paluan gong dan Nobat "Raja Berangkat".

 

Semasa Istiadat Pertabalan, Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman berkenan mengurniakan titah bagi melafazkan Surat Sumpah Diraja, dan baginda seterusnya menerima sebilah Keris Kerajaan, "Keris Perkasa Alam" yang disembahkan oleh Yang Berbahagia Dato' Paduka Seri Maharajalela Dato' Bijaya Indera Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, Ketua Istiadat.

 

Pemasyhuran pertabalan Kebawah DYMM kemudian dilafazkan oleh Yang Berbahagia Dato' Paduka Seri Maharajalela Dato' Bijaya Indera Dato' Paduka, Ketua Istiadat disusuli dengan sembah "Daulat Tuanku" yang dilaungkan sebanyak tiga kali, diikuti dengan paluan Nobat dan 21 das tembakan meriam dilepaskan.

 

Istiadat Pertabalan diteruskan dengan Persembahan Ucapan-ucapan Tahniah yang didahului oleh sabda Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah bagi mewakili Kerabat Diraja Kedah, dan diikuti dengan sembah ucapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah bagi mewakili kerajaan dan rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

 

Istiadat tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Sheikh Fadzil bin Haji Awang.

 

Istiadat tersebut mencatatkan detik bersejarah bagi rakyat dan penduduk Negeri Kedah Darul Aman kerana kali terakhir Istiadat Pertabalan bagi Sultan Kedah diadakan adalah pada tahun 1959.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri  Pengiran Anak Sarah seterusnya berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari.

 

Sebelum Majlis Santap Tengah Hari, Duli Yang Teramat Mulia  dan Yang Teramat Mulia  dijunjung bersama-sama dengan tetamu-tetamu khas yang lain untuk sesi bergambar ramai dengan Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

 

DYTM dan YTM seterusnya berangkat ke Balai Santapan Besar bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari.

 

Majlis Santap Tengah Hari juga diserikan dengan persembahan muzik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07