Home > Bahasa Melayu
Berangkat Meninggalkan Alor Setar, Kedah Darul Aman
DULI Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat menaiki Pesawat Khas
October 23rd, 2018 | 08:21 AM | 417 views
ALOR SETAR, KEDAH
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berkenan berangkat meninggalkan Alor Setar, Kedah Darul Aman selepas menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29.
Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.
Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Hadir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis DYTM dan YTM ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Negeri Kedah Darul Aman, Tuan Haji Isahak bin Murat.
Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis DYTM dan YTM ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha dan Datin.
Sebelum berangkat menaiki Pesawat Khas, Doa Selamat dibacakan oleh Tuan Sheikh Mohamad Fairuz bin Mohammad.
DYTM dan YTM seterusnya berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik yang terdiri daripada para anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]