FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesej Tular mengenai Denda, Mata Demerit SiKAP : Tidak benar


 


 October 25th, 2018  |  07:42 AM  |   422 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan dengan tularnya satu mesej dalam bahasa Mandarin melalui Aplikasi Media Sosial termasuk WhatsApp mengenai kesalahan-kesalahan lalu lintas jalan raya yang dikenakan denda dan Mata Demerit SiKAP tertentu dan yang kononnnya menyatakan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menjalankan sekatan jalan raya selama 60 hari bertujuan memastikan para pemandu kenderaan bermotor di negara ini tidak melanggar akta dan peraturan lalu lintas jalan raya seperti kegagalan pemandu memakai tali pinggang keledar semasa memandu, JPD dengan ini memaklumkan bahawa JPD tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian.

 

JPD ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana Aplikasi Media Sosial tanpa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.

 

Di samping itu juga, JPD memohon mana-mana individu yang menerima mesej tular tersebut supaya menghentikan penyebarannya kerana boleh mengelirukan orang awam.

 

Bagi maklumat lanjut mengenai kesalahan-kesalahan lalu lintas jalan raya dan kadar-kadar denda kompaun yang tepat dan sahih, orang ramai bolehlah memuat turun pautan di bawah tajuk senarai kesalahan dalam laman sesawang PPDB 'www.polis.gov.bn'.

 

Sementara untuk mengetahui berkenaan Mata Demerit SiKAP, orang ramai bolehlah merujuk laman sesawang JPD 'www.ltd.gov.bn' atau menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, JPD di nombor telefon +673 2451979 / 80 sambungan 107 pada waktu-waktu bekerja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07