Home > Bahasa Melayu
31 Pain Darah Berjaya Dikumpulkan
SALAH seorang warga Syarikat BIACC Sendirian Berhad semasa menjalankan pemeriksaan sebelum menderma darah
October 25th, 2018 | 07:57 AM | 377 views
BERAKAS
Sebanyak 31 pain darah berjaya dikumpulkan semasa hari pendermaan darah yang diungkayahkan oleh Syarikat BIACC Sendirian Berhad iaitu salah sebuah syarikat yang bernaung di bawah Darussalam Assets dengan kerjasama dan sokongan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang diadakan di Terminal Kargo Udara BIACC, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
Pendermaan dibukakan kepada para pegawai dan kakitangan Syarikat BIACC Sendirian Berhad dan turut disertai oleh warga Agensi-agensi Kerajaan, Syarikat Keselamatan dan Syarikat-syarikat Penghantaran Kargo Udara yang beroperasi di Terminal Kargo Udara, LTAB.
Hari Pendermaan Darah BIACC 2018 diadakan bertujuan untuk memberikan impak positif pada keseluruhannya, di samping memaksimumkan kewujudan perkongsian nilai bagi syarikat tersebut dan para pekerjanya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]