FacebookInstagramTwitterContact

 

Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>           USMNT's Sergiño Dest To Miss Copa América With Torn ACL           >>           USWNT Legend Carli Lloyd Pregnant With Her First Child           >>           The Dutch-Born Quartet Who Are One Win Away From Reaching The Olympics -- With Indonesia           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lima Pelajar Sertai Sidang Kemuncak Hari Kesedaran Tsunami Sedunia


SESI bergambar ramai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato

 


 October 25th, 2018  |  08:15 AM  |   317 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi mempertingkatkan lagi kefahaman dan kesedaran tentang ancaman tsunami serta tindakan pencegahannya sebagai Duta Belia dari Negara Brunei Darussalam, lima pelajar dan seorang guru dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah terpilih untuk menyertai Sidang Kemuncak Pelajar Sekolah Menengah Hari Kesedaran Tsunami Sedunia 2018 yang akan diadakan di Wilayah Wakayama, Jepun.

 

Rombongan peserta akan menyertai Sidang Kemuncak yang akan diadakan bermula 31 Oktober hingga 1 November 2018.

 

Sehubungan itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato mengambil kesempatan ini untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada rombongan peserta serta bertukar-tukar pandangan dan perkongsian berlangsung di Kedutaan Jepun di Brunei Darussalam, Kampung Kiulap.

 

Para peserta akan berada di Jepun bermula 27 Oktober hingga 2 November 2018 untuk mengetahui tentang langkah dan pengetahuan dalam melindungi kehidupan masyarakat daripada bencana melalui pelbagai aktiviti termasuk keterlibatan mereka dalam sidang kemuncak tersebut.

 

Dayangku Noor Amal Shahirah Hazerah binti Pengiran A'malluddin Shah yang merupakan salah seorang peserta ketika ditemu bual berkata, mereka membuat persediaan melalui penyediaan kaji selidik yang telah dibuat dan kemudian dijadikan 'slides' untuk dibentangkan apabila berada di sana nanti.

 

Selain menghadiri sidang kemuncak katanya, mereka juga akan membuat persembahan tarian kebudayaan dan pelbagai aktiviti termasuk Local Fire Festival dan mengadakan lawatan sambil belajar di Wilayah Wakayama.

 

Beliau berharap dengan penyertaan mereka ke sidang kemuncak itu akan memberi peluang kepada mereka mengongsikan kepada yang lain mengenai langkah dan persediaan dalam menghadapi bencana alam seperti tsunami dan sebagainya serta sebarang cadangan pembaharuan pada masa hadapan.

 

Sidang Kemuncak tersebut telah dilancarkan dan berjaya diadakan di Kochi Prefecture  pada Tahun 2016 dan di Okinawa Prefecture pada Tahun 2017 di Jepun dengan tujuan bagi meningkatkan pengetahuan pemimpin masa depan agar dapat melindungi nyawa dan harta benda dari bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.

 

Melalui hasil kejayaan yang telah dicapai pada tahun-tahun sebelumnya, sidang kemuncak tahun ini menjemput kira-kira 450 pelajar sekolah menengah dari Jepun, dan 48 negara lain di seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam akan ikut serta.

 

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Wakayama Prefectural Government, Wakayama Prefectural Board of Education, Hirogawa Town and Hirogawa Town Board of Education, dan dianjurkan bersama the United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNISDR) Office in Japan dengan sokongan dari pelbagai organisasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47