FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Pengalaman Bermasjid Bersama Negara MABIMS


Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku tetamu kehormat majlis menyampaikan Ucaptamanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid

 


 October 25th, 2018  |  08:34 AM  |   406 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Konvensyen dapat memberi ruang dan kesempatan kepada peserta-peserta untuk bertukar-tukar maklumat tentang ehwal masjid dan pengalaman mentakmirkannya dan hal itu tentu akan sangat menarik dan berguna didengar.

 

Masing-masing diharap akan mengongsikan maklumat dan pengalaman secara telus dengan sebaik-baiknya. Berkongsi maklumat dan pengalaman itu tentu sekali akan mendatangkan ilham kepada para pendengarnya untuk membuat inisiatif-inisiatif baharu.

 

Namun perlu diingat bahawa ilham atau pemikiran yang datang untuk membuat sebarang pembaharuan perlulah disaring, dikaji dengan teliti dan difikirkan sehalus-halusnya, terutama sekali ia hendaklah berupa suatu yang didapati dengan kesimpulan yang diyakini sesuai dan boleh dibuat dengan cara yang baik untuk menghasilkan kesan yang terbaik bagi kepentingan masjid dan jemaahnya.

 

Ertinya untuk mentakmirkan masjid kita sentiasa bersikap terbuka dan tidak menutup pintu kepada idea-idea baharu, sebaliknya perlu sedia mengalu-alukan dan sentiasa mendorong Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid supaya berfikiran maju dan kreatif.

 

Kita sekadar hendak memastikan ia masih sahaja dalam parameter dan pada landasan menurut ajaran, sikap pembawaan serta amalan keagamaan yang lazim yang diamalkan di negara ini.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyentuh mengenai perkara tersebut dalam

 

Ucaptamanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Tahun 1440H / 2018M, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.

 

Maka konvensyen ini jelas Yang Berhormat, dijangka akan mengandungi percakapan mengenai pengalaman bermasjid. Selain itu, ia juga diharapkan akan memfokus kepada peranan, tugas dan tanggungjawab pimpinan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid untuk mengurus dan mentakmirkan masjid masing-masing dengan mendapatkan idea-idea baharu yang sesuai dan boleh dibuat bagi kepentingan masjid dan jemaahnya.

 

Menyentuh mengenai peranan tugas dan tanggungjawab pemimpin dan para Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid pula adalah untuk mencapai empat perkara, iaitu tujuan penubuhan Jawatankuasa Ahli-ahli Takmir sebagaimana terkandung dalam Bab 2 Garis Pandu Penubuhan dan Perlantikan mereka, iaitu menjadi pembantu kepada para pegawai masjid bagi kesempurnaan perjalanan masjid serta memajukan pentakmiran dan hal ehwal kebajikan masjid.

 

Selain itu juga untuk Mengambil berat mengenai hal ehwal keagamaan di dalam mukim masjid; Mengambil berat mengenai dengan kehadiran anak-anak mukim masjid itu menunaikan ibadat di masjid, khasnya Sembahyang Fardu Jumaat di masjid itu; dan Membantu dalam memeduli hal ehwal kebajikan masyarakat Islam di mukim masjidnya.

 

Terangnya, Jawatankuasa Takmir Masjid di negara ini dipimpin oleh Imamnya dan disertai juga oleh Penasihat-penasihat, selain daripada Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan seterusnya dalam Jawatankuasa Takmir, ada beberapa lantikan Penyelia, iaitu Penyelia Pemeliharaan Bangunan; Penyelia Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam; Penyelia Pendidikan dan Kebudayaan

 

Islam; Penyelia Hal Ehwal Belia; Penyelia Bahagian Dakwan dan Penerangan; Penyelia Hal Ehwal Kebajikan Masyarakat; Penyelia Fakir dan Miskin; dan Penyelia Hal Ehwal Muslimah.

 

Dari itu Yang Berhormat menegaskan, yang perlu diketahui ialah Imam-imam adalah penjawat awam, mereka adalah kakitangan kerajaan dan lantikan mereka menghendaki mereka bertugas di masjid, dan dari masjid pula mereka berperanan dalam hal suka duka orang ramai penduduk di sekitar perkampungan dan permukiman masjid mereka.

 

''Dalam struktur Jawatankuasa Takmir Masjid, Imam ditetapkan menjadi Pengerusi dan Bendahari secara jawatan, iaitu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Buku Panduan Kerja Pegawai-Pegawai Masjid 1996. Lain-lain keahlian bolehlah dilantik daripada kalangan Ketua Kampung, Guru-guru Besar, Guru-guru Ugama dan jemaah-jemaah masjid yang difikirkan berkelayakan dan bersesuaian''.

 

Namun kesemua mereka terang Yang Berhormat lagi, sama ada yang berjawatan Pegawai Masjid mahupun Sukarelawan - adalah orang-orang yang diberikan kepercayaan, amanah dan harapan untuk memakmurkan masjid mereka.

 

Setakat ini ada seramai lebih 3,000 orang Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid bagi sebanyak 118 buah masjid (termasuk surau dan balai ibadat) di seluruh negara, di samping itu terdapat juga Kumpulan Kelas Bimbingan Muslimah Masjid, yang mana pada masa ini seramai 2,152 wanita yang aktif dalam kegiatan Muslimah Masjid di 84 buah masjid dan terdapat juga lagi Kumpulan-kumpulan Belia Masjid yang sangat menggalakkan dengan kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan mereka menerusi masjid.

 

Kesemua itu merupakan unsur yang mentakmirkan masjid yang sangat diharapkan akan terus giat dan berkembang menjadikan masjid tumpuan orang ramai serta penduduk di mukim dan perkampungan di mana masjid berada.

 

Maka konvenysen ini jelas Yang Berhormat, sangat tepat bagi awda sekalian selaku wakil-wakil penggiat dan pentakmir masjid untuk berkongsi pengalaman bermasjid dengan Pembentang-pembentang dari negara-negara Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), di samping pengalaman bermasjid di banyak tempat dan kawasan dalam negara ini.

 

Dan diharapkan juga konvensyen ini akan menyuntik semangat kepada pihak yang mentadbir hal ehwal masjid, iaitu JHEM, KHEU sebagai jentera pengurusan perkhidmatan ugama, termasuklah ehwal masjid bagi pihak Majlis Ugama Islam yang menurut undang-undang adalah menjadi Pemegang Amanah masjid-masjid di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47