FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Makmurkan Masjid Dengan Kegiatan Keagamaan, Kemasyarakatan


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku tetamu kehormat majlis menyampaikan Ucaptamanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid

 


 October 25th, 2018  |  08:38 AM  |   286 views

TUNGKU LINK

 

Majlis Ugama Islam ditetapkan menjadi penerima tunggal bagi semua masjid di Negara Brunei Darussalam secara undang-undang.

 

Dengan peruntukan undang-undang, Majlis Ugama Islam adalah diberi kuasa mengawal pembinaan dan penggunaan mana-mana bangunan yang ada sebagai atau bagi maksud-maksud sebuah masjid, termasuk juga kuasa untuk menutup dan merobohnya dan jelas menurut undang-undang yang berkuat kuasa semenjak tahun 1955 bahawa masjid di negara kita adalah di bawah amanah Majlis Ugama Islam.

 

Perkara tersebut antara yang turut ditekankan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dalam Ucaptamanya pada Majlis Perasmian Konvensyen Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Tahun 1440H / 2018M bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, tiada masjid atau surau atau balai ibadat boleh dibangunkan melainkan dengan kebenaran Majlis Ugama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) adalah Pengurus-Tadbirnya, manakala Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) tetap menjadi Pemegang Amanahnya.

 

Adapun Jawatankuasa Takmir Masjid, jelas Yang Berhormat, adalah bagi membantu Majlis Ugama Islam dan JHEM, KHEU untuk memakmurkan masjiddengan kegiatan-kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan yang melibatkan jemaah, iaitu orang ramai penduduk dalam lingkungan perkampungan dan permukiman masjid.

 

Yang Berhormat menambah,selain Imam sebagai penjawat awam yang kerana jawatannya ditetapkan menjadi Pengerusi dan Bendahari, Jawatankuasa Takmir Masjid juga mengikut Garis Pandu Penubuhan dan Perlantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid 1427H / 2006M yang menyebutkan sekurang-kurangnya tiga Guru Ugama yang tinggal atau mengajar di sekitar masjid berkenaan dilantik ke dalam Jawatankuasa Takmir.

 

''Susunan keanggotaan sedemikian itu bertujuan supaya orang ramai, penduduk persekitaran masjid dapat merasakan bahawa mereka bermasjid, iaitu dalam erti kata ada mempunyai kepimpinan keagamaan dan sekali gus juga kepimpinan kemasyarakatan di tempat mereka, selain Majlis Perundingan Mukim dan Kampung,'' terang Yang Berhormat.

 

Dalam waktu yang sama, ujar Yang Berhormat signifikan keanggotaan Guru-guru Ugama, selain Imam menjadi Pengerusi dan Bendahari adalah menunjukkan bahawa Guru-guru Ugama adalah diberikan peranan dalam kepimpinan masyarakat menerusi masjid-masjid.

 

Dengan itu juga menunjukkan betapa kita sangat mengambil berat supaya ajaran dan amalan ugama dalam kalangan masyarakat adalah menurut ajaran dan amalan sebagaimana ia diajar dan diamalkan menerusi kurikulum dan kokurikulum sekolah-sekolah.

 

Dan peranan dan tanggungjawab utama Pegawai-pegawai Masjid berserta Jawatankuasa Takmirnya adalah untuk memastikan masjid, surau dan balai ibadat sentiasa terkawal daripada sebarang unsur ajaran dan amalan berugama yang tidak selaras dengan amalan yang lazim diikuti di negara ini.

 

''Mengapa? Jawabannya jelas bahawa kita tidak mahu timbul kekeliruan di kalangan masyarakat berikutan daripada perselisihan pendapat mengenai sesuatu amalan dan upacara keugamaan yang sudah lazim diamalkan dan diikuti dengan baik oleh umat Islam di negara ini,'' ujar Yang Berhormat.

 

Tegasnya, kekeliruan orang awam dalam perkara ugama, khasnya amalan-amalan tertentu boleh membawa kepada hal-hal yang negatif, lebih-lebih lagi apabila perselisihan pendapat itu diikuti dengan sikap fanatik atau taksub terhadap seseorang atau kumpulan jemaah dan boleh mengeruhkan suasana bermasyarakat dan keluarga.

 

Kerana itu sebagai langkah mengawal daripada perkara-perkara dan kejadian yang merosakkan perpaduan itu terang Yang Berhormat, kita di Negara Brunei Darussalam telah menjadikan kesalahan di bawah undang-undang ke atas mana-mana orang mempertikai dan mempersoal amalan atau upacara lazim berkaitan dengan ugama Islam, iaitu sebagai tambahan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada mengenai kesalahan menghina atau menyebabkan ugama Islam dipandang hina dan lain-lain dengan cara lisan atau tulisan.

 

Undang-undang menetapkan kesalahan mempertikai dan mempersoal amalan atau upacara lazim berkaitan dengan agama Islam boleh dikenakan suatu denda tidak melebihi BND12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

''Kita serius mengenai perkara ini dan kerana itulah Majlis Ugama Islam sangat berhati-hati dalam menimbangkan sebarang permohonan dari Jawatankuasa Takmir Masjid dan beberapa pihak yang lain dari pihak masjid, tetapi akan menggunakan masjid atau rumah-rumah persendirian untuk mendatangkan individu-individu tertentu sebagai tamu atau pengunjung sambil menyampaikan ceramah dan /atau memimpin acara keagamaan,'' tegas Yang Berhormat lagi.

 

Maka disarankan Jawatankuasa Takmir Masjid hendaklah juga berhati-hati pada memelihara masjid daripada disarungi atau disusupi oleh anasir-anasir yang sikap dan pembawaannya mempersoal dan mempertikai amalan juga upacara lazim keagamaan kita, terang Yang Berhormat lagi.

 

Diharapkan Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, terutama sekali Imam dan Guru-guru Ugama berperanan aktif jadi penyaring yang menapis kegiatan-kegiatan sedemikian dibawa-bawa ke masjid.Namun, ini tidak bermaksud untuk mengekang kegiatan-kegiatan keagamaan untuk mentakmirkan masjid. Sebaliknya ia bermaksud mengawal masjid untuk tidak disarungi, tidak disusupi oleh anasir-anasir yang membawakan sikap dan pandangan mempersoal atau mempertikai amalan dan upacara keagamaan yang lazim, khasnya dengan membidaahkannya.

 

Ini kerana masjid mempunyai banyak kegiatan dan melibatkan orang ramai, khasnya penduduk perkampungan dan permukiman masjid, yang tentu sahaja tujuannya untuk kebaikan seperti halaqah pengajian ilmu-ilmu agama, kegiatan membaca dan mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, keinginan sesetengah jemaah untuk menghalusi amal ibadatnya, terutama sembahyang dan yang ketara sekali ialah masjid lazimnya mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam dan inisiatif-inisiatif kebajikan serta kemasyarakatan dengan menyantuni orang ramai yang memerlukan santunan bantuan yang selayaknya.

 

''Dari itu, semuanya itu hendaklah diteruskan dan ditingkatkan. Fikirkan dan ikhtiarkan penyelanggaraannya yang sempurna untuk mencapai sasarannya,'' ujar Yang Berhormat lagi.

 

Dalam pada itu, para Guru dan Pendakwah perlu sentiasa istiqamah pada landasan keagamaan negara dengan berpendirian teguh mempertahankan ajaran dan amalan-amalan yang lazim, yang mana masjid-masjid adalah medan pengembangan serta pengukuhannya.

 

Maka di situ pula Jawatankuasa Takmir perlu terus memainkan peranannya dengan rancangan-rancangan yang lebih tersusun dan ketara dilihat serta dirasakan oleh jemaahnya untuk dipercayakan memenuhi taklif penubuhan dan lantikan-lantikan ke dalamnya, tegas Yang Berhormat mengakhiri ucaptamanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10