Home > Bahasa Melayu
Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal, 27 Oktober Ini
October 26th, 2018 | 09:08 AM | 352 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah sukacita memaklumkan bahawa Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal akan diadakan pada Sabtu, 27 Oktober 2018 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Mau'izzah, Pusat Da'wah Islamiah, KHEU, Kampung Pulaie, Jalan Pusat Da'wah.
Program dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peringkat institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menyertai program tersebut bolehlah membuat pendaftaran dalam talian di https://goo.gl/HCfK7M.
Para peserta akan diberi penerangan mengenai prinsip Halal dari sudut hukum dan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan aspek kebersihan makanan dan keselamatan selain produk makanan.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui talian +673 2242570; emel [email protected]; Facebook: Bahagian Kawalan Makanan Halal, JHES, KHEU; Instagram: @halal.bn dan laman sesawang www.kheu.gov.bn.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]