FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


40 Kes Kebakaran Kereta Dilaporkan Januari - September 2018


Penolong Pengarah Teknikal JBP, Pg. Sabli bin Pg. Haji Damit semasa berucap di sidang media mengenai Saranan Kebakaran Kereta

 


 October 26th, 2018  |  13:06 PM  |   309 views

BERAKAS

 

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dari bulan Januari hingga September 2018, sebanyak 40 kes kejadian kebakaran kereta telah dilaporkan dengan anggaran kerugian berjumlah BND212,850 di keempat-empat daerah.

 

Dari jumlah tersebut, Daerah Brunei Muara menerima panggilan kebakaran kereta sebanyak 30 kes, manakala Daerah Belait dan Tutong masing-masing menerima laporan kebakaran kereta sebanyak tujuh dan tiga kes.

 

Penolong Pengarah Teknikal JBP, Pg. Sabli bin Pg. Haji Damit menjelaskan perkara tersebut pada sidang media mengenai Saranan Kebakaran Kereta yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Dewan Serbaguna JBP, Berakas, di sini.

 

Daripada jumlah kes  tersebut, Penolong Pengarah Teknikal seterusnya menjelaskan sebanyak 23 kes adalah berpunca daripada kerosakan mekanikal iaitu seperti kerosakan komponen mekanikal, kebocoran hos minyak atau saluran di komponen kenderaan, penyambungan yang longgar (loose connection) dan kepanasan yang berlebihan (over heat).

 

Sementara kerosakan elektrikal iaitu seperti kerosakan komponen sistem elektrikal atau bahagian pendawaian sistem, litar pintas (short circuit) pendawaian sistem elektrik,  penggunaan lebih beban (overload) sistem elektrik dan kurangnya pelaksanaan kerja pemeliharaan (maintenance) telah menjadi punca dalam sembilan kes kereta terbakar, jelas beliau lagi.

 

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para pengguna jalan raya untuk melengkapkan kenderaan dengan pemadam api mudah alih sekiranya berkemampuan, melaksanakan kerja pemeliharaan kenderaan (preventive maintenance), memastikan enjin kenderaan dalam keadaan selamat untuk digunakan serta melakukan pemeriksaan secara visual untuk sebarang tanda-tanda kebocoran.

 

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Darat, Awang Sheikh Yusri bin Sheikh Haji Md. Kadir dalam sidang media juga menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang pengubahsuaian terhadap bentuk asal kenderaan dan sistem pendawaian yang sembarangan tanpa mengikut spesifikasi asal kenderaan.

 

"Pemilik-pemilik kenderaan hendaklah tidak mendapatkan khidmat mana-mana mekanik yang tidak bertauliah untuk melakukan pengubahsuaian kenderaan dan sistem pendawaian kerana dikuatiri tahap keselamatannya tidak terjamin," tambah beliau lagi.

 

Sekiranya terjadi sebarang kebakaran di kenderaan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk cuba memadamkan tanpa mengambil sebarang risiko peribadi dan terus menghubungi hotline 995 Bomba dan Penyelamat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10