FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


11 Kakitangan VAM®BRN Berjaya Berhenti Merokok


PENGARAH Urusan VAM®BRN Sendirian Berhad, Tomoyuki Ohashi semasa menyampaikan Anugerah Berhenti Merokok kepada salah seorang peserta yang terdiri dari pekerja VAM® BRN Sdn. Bhd.

 


 October 26th, 2018  |  13:12 PM  |   322 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 11 orang kakitangan VAM®BRN Sendirian Berhad telah berjaya berhenti merokok setelah mengikuti Program Berhenti Merokok yang disokong bersama oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

 

Sehubungan itu, majlis penghargaan bagi pencapaian tersebut telah diadakan di premis VAM®BRN Sendirian Berhad di Salambigar Industrial Park.

 

Hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada para kakitangan yang terlibat, Pengarah Urusan VAM®BRN Sendirian Berhad, Tomoyuki Ohashi.

 

Seramai 18 kakitangan yang mengikuti program tetapi hanya 11 sahaja yang mampu berhenti merokok sepenuhnya.

 

Program dijalankan selama enam bulan, bermula sejak Mac lalu yang mana klien (perokok-perokok) akan diberikan kaunseling dalam tempoh tersebut oleh kaunselor terlatih.

 

Sesi pertama adalah sesi kaunseling secara berkumpulan diikuti dengan sesi kaunseling secara individu bagi sesi berikutnya sehinggalah tamat program.

 

Pada bulan pertama, kaunseling diberikan setiap minggu, kemudian setiap dua minggu pada bulan kedua dan ketiga manakala pada bulan seterusnya sebulan sekali, hingga bulan keenam.

 

Bagi membantu klien untuk berhenti merokok, Klinik Berhenti Merokok menggunakan farmakoterapi (ubat-ubatan) yang diberikan selama 10-12 minggu.

 

Dengan menggunakan farmakoterapi, ia boleh meningkatkan kadar kejayaan klien untuk berhenti merokok kerana ia boleh membantu klien mengurangkan rasa ketagihan untuk merokok dan mengurangkan gejala-gejala ketagihan (withdrawal symptoms).

 

Ada dua jenis farmakoterapi yang digunakan iaitu Plaster Gantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy) dan Varenicline (Champix).

 

Sepanjang program itu dijalankan, kadar gas karbon monoksida di dalam badan dan paru-paru klien akan dipantau dengan menggunakan smokerlyzer (carbon monoxide breath analyzer) bagi pemantauan tersebut.

 

Dengan memantau tahap karbon monoksida di badan, ia boleh mendorong klien untuk terus berhenti merokok dan pada masa yang sama memantau kemajuan mereka semasa menjalankan program tersebut.

 

Menurut Awang Addy Yusra bin Arbi, salah seorang daripada yang berjaya berhenti merokok, sejak beliau mengikuti program tersebut, cara kehidupan menjadi berubah kearah yang lebih sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan sebagainya.

 

"Sokongan dan dorongan daripada orang terdekat seperti keluarga juga perlu untuk kita terus memotivasikan diri dan kuat hati agar berhenti merokok," katanya.

 

Bagi Dayang Noorizawati binti Haji Mohd. Roslan pula, ini adalah perjalanan baru bagi beliau untuk memulakan gaya hidup yang aktif dan sihat selain daripada dapat mengumpulkan wang yang biasanya dibelanjakan untuk membeli rokok.

 

Program Berhenti Merokok adalah merupakan inistiaf VAM®BRN Sendirian Berhad bagi memenuhi taraf Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) yang mana berhenti merokok adalah salah satu daripadanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10