FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam


TETAMU Kehormat, Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar semasa merasmikan Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018 . TETAMU Kehormat, Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dibawa menyaksikan pameran tersebut.TETAMU Kehormat, Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar semasa merasmikan Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018 . TETAMU Kehormat, Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dibawa menyaksikan pameran tersebut.

 


 October 26th, 2018  |  13:15 PM  |   446 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Politeknik Brunei telah  mengadakan Majlis Perasmian Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018 bertempat di One Stop Centre, Politeknik Brunei.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan kata alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Pameran Tokoh-Tokoh Pendidikan Islam Kali Ke-7 dan Pameran Kaunseling Keluarga 2018, Dayang Hajah Nurul Marlini binti Haji Rosli.

 

Selepas itu diikuti dengan perasmian pameran yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Pameran yang dianjurkan oleh mahasiswa / mahasiswi Program Sarjana Pendidikan dan Sarjana Kaunseling, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Sesi 2017 / 2018, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Brunei  tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi mahasiswa / mahasiswi SHBIE, UBD sejak tahun 2012.

 

Tahun ini merupakan kali ke-7 ianya diadakan yang dilaksanakan bersama mahasiswi Sarjana Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Brunei.

 

Tema pameran tahun ini ialah 'Tokoh Pendidikan Islam Dijulang, Keluarga Di Sayang dan Negara Gemilang' sebagai tanda sokongan mereka dalam meningkatkan lagi pendidikan di samping membimbing generasi sekarang untuk menghargai keluarga masing-masing demi menghasilkan sebuah negara yang gemilang.

 

Pameran berkenaan juga akan mempamerkan beberapa orang tokoh pendidikan Islam dari negara ini dan juga tokoh dari luar negara yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang tokoh-tokoh pemikir Islam, dari sudut pendidikan dan menjadikan mereka sandaran bagi rujukan muktabar dalam ilmu pendidikan.

 

Antara tokoh-tokoh pendidikan Islam yang dipamerkan adalah Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri (Brunei), Syeikh Muhammad Mutawali As-Sya'rawi, Zainab Al-Ghazali, Abdullah Nasih 'Ulwan dan Mohamed Idris Al-Marbawi.

 

Sementara itu, pameran kaunseling akan mempamerkan kaunseling keluarga untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai isu kekeluargaan dan ini merupakan salah satu inisiatif 'out-reach' kepada warga politeknik khususnya.

 

Pihak Politeknik Brunei pula akan mempamerkan Pameran 'Implementasi Sejarah Islam Menerusi Module Pendidikan Islam: Menyahut Titah' yang bertujuan untuk turut sama memeriahkan lagi pameran tersebut, serta membarigakan mengenai akan pelaksanaan salah satu unit dalam module pendidikan Islam, iaitu pengajaran dan pembelajaran mengenai sejarah tamadun Islam yang berfokus kepada pengkhususan program atau bidang yang terdapat di Politeknik Brunei, iaitu bidang perdagangan, bidang teknologi maklumat dan komunikasi, sains perubatan dan juga sains dan kejuruteraan, sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan mempelajari sejarah agar subur cinta terhadap ugama.

 

Di samping itu, pihak Politeknik Brunei juga akan mengadakan klinik makhraj huruf bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk memperbaiki dan membetulkan sebutan-sebutan huruf hijaiyyah sesuai dengan tempat keluarnya (makhrajnya), yang mana dimudahcara oleh pensyarah-pensyarah bahagian pendidikan Islam yang berkemahiran.

 

Selain pameran, orang awam juga berpeluang untuk ikut serta dalam peraduan kuiz yang dianjurkan serta mengunjungi klinik mengawal kemarahan dan klinik mengawal tekanan juga akan diadakan untuk para pengunjung.

 

Beberapa buah sekolah menengah juga dijemput untuk memeriahkan lagi pameran ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10