FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sidang Media Forum Basmida 2018


YANG Di-Pertua Persatuan BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Awang Mohammad Ali pada Sidang Media Forum BASMIDA 2018 di Parkview Hotel.

 


 October 27th, 2018  |  07:45 AM  |   519 views

JERUDONG

 

Forum BASMIDA 2018 yang bertajuk 'Keluarga Sakinah Mewujudkan Masyarakat Bahagia' bertemakan Keluarga Bahagia Tanpa Penyalahgunaan Dadah diungkayahkan bersempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram serta Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2018.

 

Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua, baik dari kalangan ibu bapa khususnya dan ahli komuniti amnya tentang bahaya ancaman dadah yang dihadapi pada masa kini, yang mana permasalahan dadah ini harus diperangi di peringkat akar umbi dan seterusnya menghapuskan permintaan dan bekalan dadah di negara ini.

 

Yang Di-Pertua Persatuan BASMIDA, Datin Hajah Masni binti Haji Awang Mohammad Ali menekankan mengenai perkara tersebut pada Sidang Media Forum BASMIDA 2018 yang diadakan di Parkview Hotel, di sini.

 

Menurutnya, BASMIDA mengungkayahkan forum ini sebagai langkah pendekatan bagi pencegahan dadah, yang mana bagi mengatasi dan mencegah semua ini tambahnya adalah bermula daripada keluarga.

 

Tambahnya lagi tema dipilih dengan harapan akan dapat membangkitkan kesedaran semua anggota keluarga agar lebih peka dan aktif dalam memainkan peranan agar gejala penagihan dadah dapat dicegah lebih awal.

 

''Selaras dengan tema forum, sesi-sesi perbincangan akan diadakan yang bertujuan untuk mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan para peserta tentang keutamaan kasih sayang bagi membolehkan pencapaian hidup yang sejahtera dan mengelak daripada terjadinya krisis rumah tangga,'' ujarnya.

 

Sementara menurut, Naib Yang Di-Pertua Persatuan BASMIDA, Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah menjelaskan, sebuah keluarga yang bahagia dapat menyumbang kepada institusi kekeluargaan, tempat kerja dan komuniti yang bebas daripada segala gejala sosial, terutamanya penyalahgunaan dadah.

 

Apa yang penting tambahnya ialah setiap anggota keluarga yang perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan terbinanya keluarga sakinah yang bakal menatijahkan masyarakat yang harmoni, sekali gus bebas daripada ancaman dadah.

 

''Adalah diharapkan agar program ini dapat dijayakan dan dapat memberi mesej yang jelas kepada semua dan sama-sama berganding bahu memartabatkan institusi keluarga bagi mengatasi bahaya ancaman dadah,'' jelasnya.

 

Justeru, Forum BASMIDA 2018 kali ini memfokuskan tentang memberikan pendedahan dan menyampaikan mesej kepada semua kalangan ahli keluarga tentang bahaya dadah dan sama-sama komited untuk memeranginya kerana dadah dan pengaruhnya boleh sahaja merosakkan individu, institusi keluarga, rumah tangga dan malah negara itu sendiri.

 

Forum BASMIDA 2018 akan diadakan pada Ahad, 28 Oktober 2018, bertempat di Al Baraqah Grand Ballroom, Parkview Hotel, Jerudong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30