Home > Bahasa Melayu
UNISSA Sertai Pertandingan Penghujahan Mahkamah Syariah
DEKAN Dekan FSU, Dr Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin dan Timbalan Dekan FSU, Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz hadir mengucapkan selamat belayar kepada pelajar UNISSA.
October 27th, 2018 | 07:48 AM | 1223 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar pelajar untuk menyertai Pertandingan Penghujahan Mahkamah Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia yang akan diadakan pada 27 hingga 28 Oktober 2018.
UNISSA akan diwakili oleh tiga orang pelajar Tahun 5 (Tahun Akhir) dari program Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah iaitu Nurhani Basirah binti Haji Chipli, Nurul Husna Aqilah binti Haji Abidin dan Nur A'bidah Haji Mahri.
Rombongan diiringi oleh seorang pensyarah dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Dr. Widad binti Haji Abd. Aziz.
Hadir mengucapkan selamat belayar sebelum rombongan meninggalkan negara ini ialah Dekan FSU, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin dan Timbalan Dekan FSU, Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
Tujuan mengikuti pertandingan adalah untuk melatih siswa dan siswi petah berhujah, berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai, mengeluarkan hujah berserta bukti dan meningkatkan keupayaan dan syakhsiyah serta mendedahkan mereka di dalam menyediakan hujahan bertulis dan penghujahan lisan secara profesional.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]