FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Unit Koordinasi MKM Sebagai Pemudahcara


TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang mendengar penerangan mengenai usaha-usaha yang diungkayahkan oleh Unit Koordinasi.

 


 October 27th, 2018  |  07:53 AM  |   222 views

SUNGAI HANCHING

 

Dalam usaha bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, satu usaha berupa penubuhan Unit Koordinasi di dalam Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah diungkayahkan oleh Kumpulan 4 Peserta-peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Pertengahan (EDPMMO) Kali Ke-26 Tahun 2018.

 

Penubuhan Unit Koordinasi tersebut akan bertindak untuk menyalurkan maklumat kepada klien-klien MKM yang sedia ada dan baharu, bagi peluang-peluang pekerjaan dan program-program latihan serta membimbing mereka bagi urusan selanjutnya di agensi-agensi berkenaan.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Unit Baharu ini telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang yang hadir selaku tetamu kehormat majlis, yang juga seterusnya melancarkan tambahan muka baharu di dalam laman sesawang MKM yang boleh dilayari di alamat 'www.mkmbrunei.com' yang menghimpunkan maklumat-maklumat terkini unit baharu berkenaan, yang meliputi peluang-peluang pekerjaan dan latihan-latihan yang boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli MKM yang berlangsung di Pejabat MKM, di sini.

 

Terdahulu, taklimat mengenai unit baharu tersebut telah disampaikan oleh wakil peserta Program EDPMMO, Awang Haji Shamshul Bharine bin Haji Sabtu yang antaranya menjelaskan penubuhan Unit Koordinasi tersebut bertindak sebagai media penghubung  atau 'bridging the gap' di antara agensi-agensi berkenaan dengan golongan masyarakat yang memerlukan sesuai dengan slogan berbunyi 'Berhubung Ke Arah Masa Hadapan Yang Lebih Baik'.

 

Majlis seterusnya turut menyaksikan penyerahan tanggungjawab pengurusan daripada peserta EDPMMO kepada pihak MKM yang diterima oleh Timbalan Presiden I MKM, Dayang Hajah Juhana binti Haji Jaya.

 

Turut diadakan ialah pameran yang disertai oleh JobCentre Brunei dan Pusat Pembangunan Belia yang merupakan agensi-agensi berkepentingan MKM.

 

Juga hadir pada majlis tersebut ialah wakil-wakil daripada Universiti Teknologi Brunei (UTB), JobCentre Brunei, Pusat Pembangunan Belia, ahli-ahli MKM dan wakil syarikat-syarikat swasta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30