FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BSDSDP kukuhkan kerjasama pertahanan Brunei - Singapura


BSDSDP kukuhkan kerjasama pertahanan Brunei - Singapura PARA peserta semasa mengikuti salah satu aktiviti BSDSDP 2018 di Republik Singapura.GAMBAR ramai para peserta yang menyertai fasa kedua dan terakhir BSDSDP 2018 di Republik Singapura.PARA peserta semasa mengikuti salah satu aktiviti BSDSDP 2018 di Republik Singapura.GAMBAR ramai para peserta yang menyertai fasa kedua dan terakhir BSDSDP 2018 di Republik Singapura.PARA peserta semasa mengikuti salah satu aktiviti BSDSDP 2018 di Republik Singapura.

 


 October 27th, 2018  |  07:57 AM  |   264 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

25 pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Republik Singapura tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk memulakan fasa kedua dan terakhir Program Pembangunan Sarjana Pertahanan Brunei-Singapura Ke-10, 2018 (10th Brunei-Singapore Defence Scholars Development Programme - BSDSDP 2018) - Alumni yang akan dijalankan mulai 26 Oktober hingga 30 Oktober 2018.

 

Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam, Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, yang telah bertolak ke Republik Singapura pada 25 Oktober lepas bagi menyempurnakan Majlis Penutup Fasa Pertama di Republik Singapura.

 

Fasa Singapura melibatkan beberapa pelajaran dalam teori pemimpinan dan aktiviti-aktiviti bagi memantapkan tahap kepimpinan peserta-peserta program. Para peserta program juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti berpasukan bagi mendalami pelajaran-pelajaran yang disampaikan demi pengalaman yang lebih bermanfaat. Pengalaman ini diharapkan dapat memberi makna dan bermanfaat bagi membantu pegawai-pegawai dalam kerjaya mereka.

 

Fasa Singapura tersebut diakhiri dengan Majlis Makan Malam Alumni yang dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam, Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan dan Timbalan Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Singapura, Keith Tan Kean Loong.

 

Majlis juga dihadiri oleh Komandan SAFTI MI, Brigedier Jeneral Chua Boon Keat; Ketua Centre for Leadership Development (CLD) SAFTI MI, Kolonel Lim Lit Nam; Pemangku Pengarah Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam, Awang Shahminan bin Haji Tengah; Penasihat Pertahanan Brunei Darussalam kepada Republik Singapura, Leftenan Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat dan beberapa pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan Singapura.

 

Turut hadir adalah pegawai-pegawai Republik Singapura yang terdiri dari alumni peserta BSDSDP yang terdahulu.

 

Dalam majlis tersebut, kedua-dua tetamu kehormat menyampaikan ucapan masing-masing yang antaranya turut menekankan kepentingan hubungan rapat antara pemimpin-pemimpin belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang dikukuhkan melalui program-program pertukaran seperti BSDSDP. Turut diberikan penekanan ialah kepentingan mengekalkan program-program pertukaran tersebut di tahun-tahun hadapan untuk meneruskan talian persahabatan rapat antara kedua negara.

 

Sejak BSDSDP bermula pada tahun 2007, ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam menyumbang kepada perkembangan peribadi dan kerjaya profesional penerima-penerima biasiswa dari kedua buah negara.

 

BSDSDP yang ke-10 ini meraikan hubungan keakraban dan kerjasama antara kedua negara. Walaupun pengajaran dan aktiviti dari program merupakan objektif utama, ikatan rapat antara pemimpin-pemimpin belia dari kedua Kementerian Pertahanan tetap menjadi aspek asas dalam program kongsi sama tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30