FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Abdul Hamid juara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Duta Bahasa 2018


BERGAMBAR ramai

 


 October 27th, 2018  |  08:16 AM  |   537 views

BERAKAS

 

Awang Abdul Hamid bin Aji menjuarai Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Duta Bahasa 2018 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 

Beliau berusia 34 tahun dan merupakan guru dari Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong, memilih tajuk 'Peranan belia dalam meniti cabaran revolusi industri 4.0'.

 

Tempat kedua diraih oleh Dayang Nurzaidah binti Harun dengan tajuk pidato 'Peranan belia merealisasikan Wawasan Brunei 2035', manakala Dayang Nuruljannahwajihahafifah binti Armanshah yang menyampaikan pidato bertajuk 'Belia cerminan keunggulan negara' menduduki tempat ketiga.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku tetamu kehormat.

 

Sementara itu dalam ucapan, Yang Berhormat Awang Iswandy berkata, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara perlulah diberi perhatian dan penggunaan selayaknya.

 

Menurut Yang Berhormat, kita sebagai sebuah negara perlu bergerak bersama untuk menjulang bahasa Melayu, di mana antaranya adalah melalui pertandingan pidato berkenaan.

 

"Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif dan tanggungjawab Duta Bahasa bagi memupuk minat dalam kalangan generasi muda untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian belia kita," kata Yang Berhormat dalam ucapannya.

 

Yang Berhormat juga menyeru terutama kepada para belia untuk berbangga dengan bahasa Melayu dan menggunakannya sebaik mungkin.

 

Sementara itu, Duta Bahasa bagi Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit dalam ucapannya antara lain menjelaskan, mengenai matlamat pertandingan ini, iaitu bagi memeriahkan lagi Sambutan Bulan Bahasa 2018 dan Festival Hari Belia Kebangsaan pada 26 hingga 28 Oktober 2018.

 

Beliau menambah, pertandingan yang melibatkan 13 peserta itu dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap negara ini, berumur di antara 15 hingga 35 tahun.

 

Pertandingan pidato tersebut dianjurkan oleh Duta Bahasa dengan kerjasama Syarikat Battle Pro Marketing & Management Services.

 

Turut hadir pada pertandingan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Battle Pro Event, Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30