Home > Bahasa Melayu
Peluk, Pilih Islam Sebagai Pegangan Hidup
52179 SLD Jamarul Rosaidy bin Jamily melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan Islamnya di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, di sini.
October 27th, 2018 | 08:23 AM | 332 views
LUMUT
Jumlah saudara baharu di negara ini semakin bertambah apabila seorang lagi saudara baharu memeluk dan memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu.
52179 SLD Jamarul Rosaidy bin Jamily melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan Islamnya di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut, di sini.
52179 SLD Jamarul Rosaidy adalah seorang Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dari unit Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), memilih nama Islamnya dan kini dikenali sebagai Mohammad Jamarul Rosaidy bin Jamily.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diteruskan dengan lafaz syahadah dan ikrar pengislaman 52179 SLD Jamarul Rosaidy.
Acara diteruskan dengan laungan Allahu Akbar sebanyak tiga kali, diikuti dengan penandatanganan saksi-saksi, bacaan Doa Selamat dan Dikir Marhaban.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput selaku Ketua Kampung Labi I; Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad; pegawai dan kakitangan dari ABDB serta ahli-ahli keluarga.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]