FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Penempatan Di Shenzen Pupuk Bakat ICT


TIMBALAN Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Datin Seri Paduka Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh bergambar ramai bersama enam pelajar Brunei yang menyertai program tersebut di Shenzen.

 


 October 27th, 2018  |  08:29 AM  |   353 views

SHENZHEN, REPUBLIK RAKYAT CHINA

 

Program 'Huawei Seeds for the Future' merupakan program utama dengan objektif untuk memupuk bakat ICT dan memudahkan pemindahan pengetahuan sebagai asas untuk mendapatkan buruh berkemahiran tinggi dalam era pendigitalan maklumat.

 

Para peserta program ini didedahkan kepada pengkomputeran awan Huawei, Internet of Things (IoT), teknologi 5G, membina dan mengkonfigurasi stesen pangkalan 4G mereka sendiri dan lain-lain penyelesaian canggih melalui bengkel teknologi dan kegiatan rangkaian.

 

Dengan kemunculan pertama di Brunei Darussalam pada tahun 2015 telah  menyaksikan sejumlah 20 pelajar cemerlang Brunei menyertai program berkenaan sejak tiga tahun lepas.

 

Hari ini, enam lagi pelajar Brunei yang mewakili '4th badge of beneficiaries' telah menamatkan penempatan kerja mereka selama dua minggu. Juga menyertai pengijazahan mereka bersama peserta Brunei ialah empat pelajar Kosta Rika, 10 Malaysia dan 10 Zambia.

 

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penutup program berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat Huawei di Shenzhen hari ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Datin Seri Paduka Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

 

Timbalan Menteri dalam ucapannya menekankan pentingnya sistem pendidikan untuk mengikuti perkembangan yang dibawa oleh Revolusi Industri Ke-4 dan seterusnya menegaskan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama dan perkongsian antara institusi pendidikan dan industri global terkemuka seperti Huawei untuk memastikan para graduan terus relevan kepada keperluan semasa industri.

 

Juga memberikan ucapan penutup, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan Global Huawei, Tuan Detlef Eckert yang antaranya menekankan pentingnya kemahiran IT dalam dunia yang saling berhubung sepenuhnya dan penuh mencabar yang juga merupakan keperluan dan penggalak kerjaya.

 

Program 'The Seeds For The Future' bertujuan untuk menggalakkan golongan muda mengambil peluang yang sememangnya wujud dalam teknologi digital untuk melihat di luar sempadan budaya dan geografi.

 

Wakil peserta dari Negara Brunei Darussalam, Muhammad Taufiq Aiman bin Haji Hishamuddin @ Luqman Hakim dalam pembentangannya di majlis penutup tersebut turut melahirkan penghargaan kepada Huawei. Di majlis itu, perwakilan Brunei juga mempersembahkan Silat Gerak 41: Asas 1 dan Titibatang bagi  mempamerkan budaya Brunei.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Dr. Chin Wei Keh; Pemangku Penolong Pengarah Jabatan ICT dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam Pengiran Nazhatul Shahima; Ketua Perwakilan, Tuan Cheng Hao Charles dan Pengurus Perhubungan Awam bagi perwakilan dari Pejabat Huawei Brunei, Puan Yong Siew Wen Kitty.

 

Delegasi tersebut juga dibawa melawat Ibu Pejabat Huawei, Pusat Industri Penyelesaian Industri Perniagaan Huawei dan Kampus Huawei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30