FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Forum Pengukukuhan Kerjasama Pertahanan Berlangsung Di Beijing


MENTERI Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menghadiri Forum Xiangshan kali ke-8.

 


 October 27th, 2018  |  08:37 AM  |   243 views

BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA

 

Negara Brunei Darussalam antara negara yang menghadiri Forum Xiangshan Kali Ke-8 yang berlangsung   di Pusat Persidangan Antarabangsa Beijing pada 24 hingga 26 Oktober 2018.

 

Dengan dikendalikan bersama oleh China Association for Military Science (CAMS) dan China Institute for International Strategic Studies (CIISS) forum membawa tema 'Building a New Type of Security Partnership of Equality, Mutual Trust and Win-Win Cooperation  dihadiri oleh para perwakilan dari 67 buah negara dan tujuh pertubuhan antarabangsa termasuk Negara Brunei Darussalam, negara anggota ASEAN yang lain, negara-negara Eropah dan negara-negara Afrika, Pertubuhan Perjanjian Negara-Negara Atlantik Utara (NATO) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Delegasi dari Kementerian Pertahanan diketuai oleh Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah.

 

Forum berkenaan dirasmikan oleh State Councilor dan Menteri Pertahanan Negara, Republik Rakyat China, Jeneral Wei Fenghe yang telah menyampaikan ucapan pembukaan dari Presiden Republik Rakyat China, Presiden Xi Jinping.

 

Terbahagi kepada empat sesi plenari dan sesi khas, forum tersebut antara lain memfokuskan perbincangan mengenai Tadbir Urus Keselamatan Antarabangsa - Idea dan Pendekatan Baharu, Pengganasan Global: Ancaman dan Langkah-langkah Pencegahan, Kerjasama Keselamatan Maritim: Realiti dan Visi, dan Pasukan Pengaman PBB dan Kerjasama.

 

Menteri-menteri Pertahanan yang hadir turut diraikan di Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Jeneral Wei Fenghe pada 25 Oktober 2018.

 

Di kesempatan ini, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof juga telah membuat perbincangan dua hala bersama Pengerusi China Association for Military Science, Leftenan Jeneral Yang Xuejun, penganjur bersama forum tersebut.

 

Pada perjumpaan itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II telah menyampaikan hasrat kedua-dua pihak untuk menanai peluang kerjasama antara institusi-institusi pertahanan dan seterusnya menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah di atas kejayaan menganjurkan forum berkenaan.

 

Forum kali ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membina platform untuk bertukar-tukar maklumat serta membina keyakinan bersama ke arah kerjasama yang jitu di pelbagai peringkat pertahanan. Yang Berhormat Menteri Pertahanan II bertolak meninggalkan Beijing pada 27 Oktober 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30