FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


60 Usahawan Belia Sertai Festival Hari Belia 2018


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong merasmikan Festival Hari Belia 2018 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Berakas.

 


 October 27th, 2018  |  08:43 AM  |   405 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 60 usahawan belia Brunei termasuk usahawan - usahawan AkuManang.com menawarkan produk masing-masing pada Festival Hari Belia 2018 yang bermula hari ini hingga 28 Oktober 2018.

 

Festival Hari Belia 2018 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu juga menawarkan para pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik di sepanjang tiga hari ia diadakan, antaranya aktiviti memanah, menunggang kuda, Pertandingan Kisah Sejarah dan Tauladan Islam, Peraduan Menambang Syair Belia dan Pertandingan Nasyid Era 90-an.

 

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Pengasas Battle Pro Marketing and Management Services (Battle Pro MMS), Awang Haji Syed Mohd. Yassin bin Haji Syed Anyatullah Shah dalam ucapan alu-aluannya berkata, festival tersebut merupakan inisiatif Battle Pro MMS semenjak tahun 2014, iaitu bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang disambut setiap 1 Ogos.

 

Festival itu juga jelasnya, bukan sahaja menjadi platform untuk para belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sekali gus sebagai bukti bahawa mereka menyambut baik hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyeru agar para belia untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengurangkan bergantung kepada pihak kerajaan.

 

Selain itu tambahnya, festival tersebut juga mengumpulkan para belia untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan, sama ada anjuran daripada persatuan-persatuan belia, kelab-kelab mahupun syarikat-syarikat belia, yang mana dapat mendedahkan para belia kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat dan positif.

 

''Namun semua ini adalah mustahil tanpa melibatkan agensi-agensi kerajaan, khususnya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang menyediakan sokongan, prasarana dan khidmat nasihat kerana sesungguhnya Festival Hari Belia ini adalah acara non-profit dan diinisiatifkan atas dasar patriotisme,'' ujarnya lagi.

 

Sejurus perasmian, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya berkunjung ke petak-petak jualan Festival Hari Belia.

 

Festival berkenaan merupakan Kali Ke-4 diadakan yang dianjurkan oleh Battle Pro MMS dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang mana dibukakan bagi kunjungan orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Para pengunjung yang membeli-belah sepanjang festival itu diadakan juga berpeluang untuk memenangi 'Euro Dream Trip', satu pakej percutian percuma ke mana-mana satu negara Eropah pilihan pemenang.

 

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti dan usahawan-usahawan pada Festival Hari Belia 2018 melalui laman sesawang BeliaBruneiBangkit.com.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30