FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Curi 11 Set Televisyen :Empat Pengawal Keselamatan Dijatuhi Hukuman


 


 October 28th, 2018  |  07:45 AM  |   390 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei Muara berjaya menahan empat orang pengawal keselamatan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan hari ini atas tuduhan mencuri.

 

Hasil daripada siasatan yang dijalankan mendapati kesemua tertuduh terlibat dalam melakukan curi ke atas 11 set televisyen jenis Narutron dan jenis Sharp milik Aman Hills Property Management, Kampung Sungai Tilong, Jalan Muara.

 

Siasatan juga mendapati empat daripada 11 televisyen yang dicuri berjaya dirampas kembali, manakala tujuh daripadanya belum lagi ditemui. Di samping itu, seorang suspek masih lagi dalam pencarian kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan curi tersebut.

 

Kesemua tertuduh merupakan warganegara tempatan dan mengaku bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 381 (pengkhidmat mencuri harta milik tuannya) dan dibacakan bersama seksyen 34 (Perbuatan yang dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

 

Pihak Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas kesemua tertuduh : Khalifuddin bin Mohammad Yusof, berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman selama 18 bulan penjara; Zulkhairuddin Haji Ibrahim, berumur 42 tahun dijatuhkan hukuman selama lapan bulan penjara; Mohammad Shahran bin Haji Johari, berumur 43 tahun dijatuhkan hukuman selama 10 bulan penjara; Hamdi bin Haji Mohammad, berumur 32 tahun dijatuhkan hukuman selama lapan bulan penjara.

 

Kesemua hukuman bermula pada tarikh 24 Oktober 2018.

 

Pasukan Polis akan berusaha menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan bagi dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30