FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelbagai Aktiviti Meriahkan Festival Hari Belia 2018


ANTARA aktiviti menarik yang diadakan di Festival Hari Belia 2018

 


 October 28th, 2018  |  07:49 AM  |   292 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Festival Hari Belia 2018 anjuran Battle Pro MMS Kali Ke-4 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Festival Hari Belia 2018 terus meriah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bukan sahaja untuk para belia Brunei, malah menjadi tarikan untuk para pengunjung di semua peringkat umur.

 

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Duta Bahasa yang berlangsung pada hari pertama festival tersebut dengan membawakan tema "Sumbangan Belia dalam Merealisasikan Wawasan 2035" telah menerima sebanyak 12 peserta.

 

Johan pertandingan pidato ini ialah Abdul Hamid bin Aji, naib johan Nurzaidah binti Harun dan tempat ketiga dimenangi oleh Nuruljannahwajihahafifah binti Armanshah.

 

Para pemenang menerima sebuah trofi dan hadiah wang tunai. Kesemua peserta menerima sijil penyertaan, dan hadiah buku sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Sementara itu, Pertandingan Kisah Tauladan dan Sejarah Islam telah disertai oleh empat peserta cilik, yang mana juara pertandingan tersebut ialah Luqman Hakeem@Arif Darwisy bin Haji Umardani, tempat kedua Syarifah Ayesha Al-Insyirah binti Sheikh Sharul Azhar dan tempat ketiga, Nur Hazierah Khalisah binti Haji Umardani.

 

Pertandingan Menambang Syair Belia pula menerima penyertaan sebanyak enam penyair belia tempatan.

 

Dalam Pertandingan Nasyid Era 90-an, 14 kumpulan telah beradu suara dan bakat. Kumpulan Firqah Arroja muncul juara pertandingan, di tempat kedua ialah Kumpulan Sol Brothers, dan tempat ketiga dimenangi oleh Syarikat Sautul Barakah.

 

Di hari kedua festival menyaksikan acara demo Rebound yang dibawakan oleh Spin Date dan Gema Irama yang dipersembahkan oleh Kris Karmila Kreations Co. (Kreativa).

 

Para pengunjung juga berpeluang untuk menghadiri ceramah khas Malam Cinta Rasul bersama Awang Khairul Nazif.

 

Aktiviti-aktiviti lain yang turut memeriahkan Festival Hari Belia 2018 ialah Aktiviti Memanah, Aktiviti Nerf, Paintball, Sudut Membaca, Aktiviti Mewarna dan banyak lagi.

 

Memberi fokus khas kepada para belia Brunei, festival tersebut disertai oleh lebih 60 usahawan belia tempatan yang menawarkan produk dan servis masing-masing, dari makanan dan minuman, pakaian fesyen muslim dan muslimah, aksesori-aksesori dan bermacam lagi.

 

Para pengunjung yang membeli-belah di festival tersebut berpeluang untuk membawa pulang pakej percutian percuma Euro Dream Trip di bawah kempen pemasaran AkuManang.com pada malam penutup festival tersebut.

 

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti di Festival Hari Belia 2018 melayari laman sesawang BeliaBruneiBangkit.com atau melalui media sosial Facebook dan Instagram Battle Pro MMS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30