FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Bekas Rakan Selia Dalami Pertanian


SERAMAI lima orang bekas rakan selia di bawah Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani kursus latihan bertajuk ‘basic hydroponic: growing vegetables using hydroponic system’

 


 October 28th, 2018  |  07:51 AM  |   332 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai lima orang bekas rakan selia di bawah Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani kursus latihan bertajuk 'Basic Hydroponic: Growing Vegetables Using Hydroponic System' bermula 22 Oktober yang lalu selama lima hari.

 

Kursus latihan tersebut merupakan projek yang dikelolakan dan dianjurkan oleh peserta yang mengikuti "Executive Development Programme for Middle Management Officers (EDPMMO)' Kali Ke-26, dengan kerjasama IBTE Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (IBTE CET) dan IBTE Kampus Agro-Teknologi (IBTE ATC), di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

 

Projek kolaborasi tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dibuat oleh sekumpulan peserta EDPMMO Kali Ke-26, sebagai sebahagian daripada tugasan mereka di bawah modul 'community outreach activity', bagi menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa pembukaan sidang Majlis Mesyuarat Negara Kali Ke-14 pada tahun 2018, yang mana baginda menekankan keperluan untuk terus meneroka dan membangunkan sektor pertanian di Negara Brunei Darussalam.

 

Salah satu objektif projek tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan bekas rakan selia mengenai peluang perniagaan yang terdapat di dalam sektor pertanian, terutama sekali di dalam industri hortikultur.

 

Ini akan membuka peluang bagi mereka untuk memulakan usaha perniagaan di dalam bidang pertanian, dengan menggunakan sistem hidroponik yang mampu untuk menghasilkan pulangan yang baik dari penanaman sayur-sayuran menggunakan teknologi moden.

 

Di samping itu juga, ia juga bertujuan untuk membantu menangani dan mengurangkan kadar residivisme (kelakuan jenayah berulang) di Negara Brunei Darussalam, dengan memberikan latihan yang relevan kepada bekas rakan selia di dalam bidang pertanian.

 

Kebanyakan bekas rakan selia biasanya mempunyai kelayakan akademik yang rendah dan juga kurang kemahiran. Ini menghadkan kebolehan mereka untuk mendapatkan pekerjaan atau menjana pendapatan bagi diri mereka sendiri dan keluarga mereka.

 

Dengan adanya kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari kursus ini, bekas rakan selia diharap akan dapat berdikari dan menceburi diri sebagai usahawan di dalam bidang pertanian.

 

Dengan pelaksanaan projek ini, adalah diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin bagi organisasi lain termasuk masyarakat, untuk sama-sama membantu golongan bekas rakan selia kembali memulakan kehidupan baharu, dan seterusnya mengubah persepsi serta pandangan negatif masyarakat terhadap mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30