FacebookInstagramTwitterContact

 

CSB and UNN Renew Collaboration on Cybersecurity Awareness           >>           Teaching Practice Placement Programme           >>           Redesigning Pedagogy International Conference           >>           Visit by Islamic Studies Faculty, UMS           >>           Japan Cultural Showcase           >>           Haj Pilgrims need to prepare physically for Hot Weather           >>           Discussion on Facilities at Arafah and Mina           >>           Intending Pilgrims' Health and Safety are cared for           >>           Luncheon           >>           Solidarity Jump           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Majlis Santapan Diraja Sempena Pertabalan Sultan Kedah


BAGINDA dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri mengabdikan gambar kenangan bersama Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

 


 October 28th, 2018  |  08:50 AM  |   1357 views

ALOR SETAR, KEDAH

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 di Istana Anak Bukit, Kedah Darul Aman.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri  ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Juga berangkat sama mengiringi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Anjung Melur, Istana Anak Bukit dijunjung oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato' Nora binti Abdullah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah; Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah serta Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Yang Amat Berbahagia Tok Puan Norzieta binti Zakaria.

 

Sejurus keberangkatan tiba, baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung untuk menandatangani sebuah Lembaran Kenangan.

 

Baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya dijunjung berangkat ke Balai Penghadapan Besar.

 

Dari Balai Penghadapan Besar, baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung berangkat ke Balairung Seri Besar untuk Sesi Bergambar Ramai bersama Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bersama kerabat diraja Malaysia dan tetamu-tetamu khas yang lain.

 

Baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat beredar dari Balairung Seri Besar ke Balai Santapan Besar bersama tetamu khas diraja yang lain.

 

Lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkan sebaik sahaja Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman serta tetamu diraja berangkat tiba di meja santapan.

 

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian.

 

Selesai Majlis Santapan Diraja, baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung berangkat beredar ke Balai Penghadapan Besar bersama Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman serta kerabat diraja Malaysia dan tetamu-tetamu khas yang lain sebelum berangkat meninggalkan majlis.

 

Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah diputerakan pada 30 April 1942 di Istana Anak Bukit, Alor Setar dan baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 bagi menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat pada 11 September 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47