FacebookInstagramTwitterContact

 

Evan Peters Confirms Romance With Girlfriend Natalie Engel           >>           Ashley Benson Calls Out Speculation She Used Ozempic After Welcoming Baby           >>           NASA's Perseverance Mars Rover Enters New Red Planet Territory: 'Bright Angel'           >>           Meta Makes The Threads API Available To All Developers           >>           Fisker Is The Latest EV Startup To Declare Bankruptcy           >>           Amazon's Affordable Pharmacy Program Rxpass Opens Up To Medicare Users With Prime           >>           Haris Rauf On Confrontation Video: 'When It Comes To Family, I Will Not Hesitate To Respond Accordingly'           >>           Finally On The Big Stage, Baartman Soaks Up The Pressure And Shines           >>           Look Ma, It's The Super Eight!           >>           Heather Knight: 'Our Best Chance To Inspire Is To Win Big Competitions'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Balik Meninggalkan Alor Setar, Kedah


KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menadah tangan ketika doa selamat dibacakan sebelum berangkat meninggalkan Alor Setar, Kedah. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah

 


 October 28th, 2018  |  08:53 AM  |   616 views

ALOR SETAR, KEDAH

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam hari ini berkenan berangkat meninggalkan Alor Setar, Kedah Darul Aman selepas menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Juga berangkat sama mengiringi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

 

Berangkat dan hadir di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Puan Seri Dato' Nora binti Abdullah; Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah; serta Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Yang Amat Berbahagia Tok Puan Norzieta binti Zakaria.

 

Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha dan Datin.

 

Baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berangkat melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik yang terdiri daripada para anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

 

Sebelum menaiki pesawat khas, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Sohibus Samahah Dato' Sheikh Fadzil bin Haji Awang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29