FacebookInstagramTwitterContact

 

Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>           USMNT's Sergiño Dest To Miss Copa América With Torn ACL           >>           USWNT Legend Carli Lloyd Pregnant With Her First Child           >>           The Dutch-Born Quartet Who Are One Win Away From Reaching The Olympics -- With Indonesia           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Padi Hibrid Keluarkan Hasil Lebih Tinggi


 


 October 30th, 2018  |  08:38 AM  |   763 views

WASAN

 

Padi hibrid adalah padi yang dihasilkan daripada kacukan silang (cross-pollination) antara dua induk varieti yang berbeza.  Kacukan ini akan menghasilkan padi hibrid yang mempunyai sifat yang berbeza serta mempunyai hasil yang tinggi berbanding induknya disebabkan oleh fenomena kesuburan hibrid yang dipanggil 'heterosis'.

 

Kelebihan padi hibrid adalah mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding padi inbred, pertumbuhan yang lebih mantap lebih rintang terhadap penyakit dan perosak, benih padi hibrid perlu dihasilkan setiap musim kerana ianya memerlukan proses pengacukan.

 

Padi Sembada188 adalah salah satu varieti padi hibrid yang dikenal pasti daripada projek kerjasama penyelidikan yang dijalankan di antara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan Syarikat PT. Biogene Plantation, Republik Indonesia.

 

Projek kerjasama ini telah dilaksanakan sepanjang tiga musim, iaitu bermula pada Mei 2016 dan berakhir pada Mac 2018. Benih padi Sembada188 telah dibekalkan oleh Yaz & Wyn Enterprise, iaitu syarikat perusahaan bumiputera yang telah dilantik sebagai pengedar tunggal benih tersebut bagi Negara Brunei Darussalam.

 

Penanaman projek rintis Sembada188 bermula 29 Oktober 2018 di Kawasan Kemajuan Padi Wasan dan melibatkan kawasan seluas 35ha yang diusahakan oleh 19 peladang daripada Koperasi Setia Kawan (KOSEKA) dan Majlis Perundingan Mukim Pengkalan Batu.

 

Manakala padi Titih adalah salah satu varieti padi hibrid yang dikenal pasti daripada projek kerjasama pembangunan padi hibrid di Negara Brunei Darussalam yang dijalankan di antara Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dengan Syarikat Sunland Agri-Tech Pte. Ltd., Republik Singapura.

 

Projek kerjasama ini telah bermula sejak daripada September 2009. Projek kerjasama ini melibatkan pemilihan varieti-varieti padi hibrid yang  berpotensi  untuk ditanam di Negara Brunei Darussalam, serta pembangunan kapasiti pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta peladang-peladang padi tempatan dalam pengurusan tanaman padi hibrid. Pada masa ini benih padi Titih dihasilkan di Republik Kesatuan Myanmar oleh Syarikat Golden Sunland Co. Ltd., iaitu sebuah anak syarikat Sunland Agri-Tech Pte. Ltd.

 

Bagi penanaman padi hibrid Titih secara besar-besaran, benih padi Titih akan diimport daripada Republik Kesatuan Myanmar sementara menunggu ladang  pengeluaran benih Titih dibangunkan di Kawasan Kemajuan Pertanian Batong. Penanaman padi Titih ini dijangka akan bermula pada tahun 2019.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47