FacebookInstagramTwitterContact

 

Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>           Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Profil Industri Pertanian, Agrimakanan Ditingkatkan


TEMU BUAL bersama Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dayang Aidah binti Haji Hanifah.

 


 October 30th, 2018  |  08:55 AM  |   404 views

WASAN

 

Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengambil   langkah dan inisiatif ke hadapan untuk mengukuhkan dan meningkatkan lagi profil industri pertanian dan agrimakanan dalam tempoh lima (5) tahun dengan  penyediaan Pelan Strategik Industri Pertanian dan Agrimakanan 2016 - 2020.

 

Demikian jelas Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Dayang Aidah binti Haji Hanifah, menjelaskan semasa ditemu bual di Majlis Perasmian Penanaman Varieti Padi Hibrid Berhasil Tinggi (High Yielding Hibrid Variety Paddy) di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Wasan, Mukim Pengkalan Batu, sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-72 Tahun.

 

''Pelan strategik ini adalah sebagai panduan kepada Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam usaha untuk memastikan perancangan adalah sejajar dengan   visi; iaitu Ke Arah Pertumbuhan Keluaran Industri Berasaskan Pertanian dan Agrimakanan Melalui Peningkatan Produktiviti dan Teknologi Tinggi Berorientasikan Eksport yang seterusnya diharapkan akan memberi sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),'' jelasnya.

 

Di samping itu menurutnya, pasaran domestik juga terus diterokai seiring dengan pasaran eksport. Keluaran daripada sektor pertanian dan agrimakanan di negara ini telah menunjukkan perkembangan yang positif dan menggalakkan.

 

Daripada tren pencapaian dalam tempoh 20 tahun kebelakangan, nilai keluaran sektor pertanian dan agrimakanan jelasnya, berkembang pada kadar purata 7.71 peratus setahun, iaitu daripada BND93 juta pada tahun 1998 kepada BND380 juta pada tahun 2017.

 

Pihak KSSUP melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan jelasnya, memperkenalkan varieti-varieti padi berhasil tinggi boleh menghasilkan hingga 6-8 tan metrik sehektar semusim bagi meningkatkan lagi keluaran beras negara dan padi-padi jenis hibrid ini telah pun dikenal pasti kesesuaian penanamannya melalui aktiviti penyelidikan di negara ini dan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

 

''Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah mengungkayahkan 'Program Pendedahan Perusahaan Pertanian Untuk Para Belia Secara Perladangan Berkontrak (Contract Farming)' selama empat hari, iaitu program pertama pada 15 Januari hingga 18 Januari 2018 dan program kedua pada 29 Januari hingga 1 Februari 2018 lalu. Program ini adalah merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam mendukung Pelan Strategik Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2016-2020,'' ujarnya.

 

Di samping itu, menurutnya program ini bertujuan untuk mendedahkan perusahaan pertanian sebagai satu perniagaan yang menguntungkan, serta membuka   peluang kepada belia-belia untuk melabur dalam sektor pertanian melalui pendekatan 'Contract Farming', khususnya dalam bidang industri tanaman menggunakan sistem pengeluaran berteknologi tinggi, yang boleh meningkatkan hasil pertanian dan memberikan pulangan yang lumayan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47