Home > Bahasa Melayu
Sukan Ria Bina Masyarakat Sihat
Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' semasa pelepasan larian.
October 30th, 2018 | 09:02 AM | 342 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sukan Ria sempena Sambutan Hari Keluarga 2018 Mukim Berakas 'B' dihasratkan dapat membina masyarakat yang sihat dan aktif di samping meningkatkan tahap kesihatan optima dan juga kualiti kehidupan yang baik melalui bersenam dan aktiviti sukan.
Selain itu, ia juga diharap menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan mingguan yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga.
Hadir menyertai acara tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'.
Sukan ria dianjurkan oleh Biro Wanita Mukim Berakas 'B' dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Mukim Berakas 'B'.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik beramai-ramai diikuti dengan pelepasan Larian yang bermula dan berakhir di Dewan Kemasyarakatan II, Jalan 77 Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, di sini.
Larian dibahagikan kepada empat iaitu Larian 3km bagi lelaki berumur 50 tahun ke atas, 4 km bagi lelaki berumur 49 ke bawah, 2 km bagi wanita bebas dan Larian bagi remaja lelaki sejauh 2.5 km dan perempuan sejauh 2 km.
Selain itu, aktiviti sampingan juga diadakan di sebelah petang seperti peraduan mewarna bagi kanak-kanak dan pelbagai aktiviti bagi dewasa.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]