FacebookInstagramTwitterContact

 

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India           >>           Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Turki Meterai Perjanjian Perkhidmatan Udara


WAKIL Kerajaan Kebawah DYMM, Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof bertukar dokumen yang ditandatangani bersama Menteri Pengangkutan

 


 October 30th, 2018  |  09:09 AM  |   418 views

ISTANBUL, REPUBLIK TURKI

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Turki telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Udara di Istanbul, Republik Turki pada 28 Oktober 2018.

 

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, manakala  pihak Kerajaan Republik Turki ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Mehmet Cahit Turhan, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Republik Turki.

 

Penandatanganan disaksikan oleh Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Turki, Tuan Yang Terutama Mohammad Shafiee bin Haji Kassim, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Perhubungan Negara Brunei Darussalam, Kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Republik Turki dan Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur, Republik Turki.

 

Penandatanganan perjanjian ini merupakan satu pencapaian di dalam perhubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki. Ianya akan menambah baik kesalinghubungan udara serta membuka peluang-peluang kerjasama di antara syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dan destinasi di antara kedua buah negara. Sebelum perjanjian perkhidmatan udara ini ditandatangani, kedua buah negara telah terlebih dahulu memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) semasa menghadiri ICAO Air Services Negotiations (ICAN), di Antalya, Republik Turki pada tahun 2015.

 

Sebelum Majlis Penandatanganan tersebut, Yang Berhormat Menteri Perhubungan, telah mengadakan satu mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Republik Turki, Tuan Yang Terutama Mehmet Cahit Turhan. Mesyuarat turut dihadiri oleh TYT Mohammad Shafiee bin Haji Kassim serta para pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan, Kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Republik Turki, manakala bagi pihak Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki disertai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Republik Turki, Dr. Omar Fatih Sayan.

 

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua menteri berbincang mengenai peluang-peluang untuk mengeratkan lagi kerjasama dalam bidang pengangkutan dan perhubungan, selain bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam sektor penerbangan awam, maritim dan info-komunikasi.

 

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib juga menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Lapangan Terbang baharu Istanbul bagi mewakili Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.

 

Lapangan Terbang baharu ini dijangka berupaya menghubungkan 300 destinasi seluruh dunia dan mampu menampung pergerakan sehingga 200 juta orang penumpang setahun.

 

Pembukaannya adalah bertepatan dengan sambutan Hari Republik Turki Ke-95.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07