FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anti-Persaingan Bawa Kesan Kepada Belanjawan Pengguna, Ekonomi


SESI bergambar ramai.

 


 October 30th, 2018  |  09:11 AM  |   294 views

BERAKAS

 

Pengawal Selia Sektor, Pegawai Persaingan dan Pegawai Perolehan digesa untuk mempelajari jenis-jenis isu persaingan yang mungkin timbul dalam Sektor Pembinaan serta Cara-cara untuk Mencegah Perlakuan Anti-Persaingan yang boleh membawa kepada ketidakcekapan di dalam sektor dan kenaikan harga yang akan mempengaruhi perbelanjaan kerajaan, orang ramai dan ekonomi.

 

Perkara ini ditekankan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Sesi Perbincangan mengenai topik 'Menghalang Kelakuan Kartel dalam Sektor Pembinaan ke arah Meningkatkan Pertumbuhan & Kebajikan Pengguna di Brunei Darussalam' yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Kementerian Pembangunan, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat, Sektor Pembinaan menyumbang kira-kira 2.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah ini kelihatan kecil, namun Sektor Pembinaan merupakan sektor yang mempunyai potensi bagi pertumbuhan yang besar berdasarkan peningkatan bilangan perniagaan berdaftar dalam Sektor Pembinaan, keperluan projek infrastruktur awam dan peningkatan jumlah hartanah komersil yang sedang dibangunkan.

 

"Perbelanjaan kerajaan adalah dijangka berkurangan mengambil kira peranan Sektor Swasta yang meningkat. Kerajaan akan menggariskan pelbagai langkah untuk meningkatkan penyertaan pihak Swasta untuk menjadi enjin pembangunan. Proses perolehan akan menjadi lebih kompetitif dan Sistem Public-Private-Partnership (PPP) akan menguasai perolehan dalam Sektor Pembinaan," jelas Yang Berhormat lagi.

 

 

 

Dengan Penubuhan Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam dan Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna pada Ogos tahun lepas untuk melaksana dan menguatkuasakan Perintah Persaingan 2015, pihak kerajaan adalah komited bagi menggalakkan kecekapan dan pembangunan ekonomi serta kebajikan pengguna, melalui larangan kelakuan anti-persaingan seperti kartel, penetapan harga, pengawalan bekalan dan penipuan bidaan, terang Yang Berhormat lagi.

 

 

Yang Berhormat juga mengongsikan bahawa Sektor Pembinaan telah mendapat perhatian Autoriti Persaingan, bukan sahaja di rantau ASEAN, tetapi juga dalam kalangan ekonomi-ekonomi di bawah Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), dengan terdapatnya contoh-contoh kes anti-persaingan seperti penetapan harga bahan-bahan binaan dan kesalahan penipuan bidaan.

 

 

Kelakuan anti-persaingan tersebut didorong oleh ciri-ciri tertentu yang unik bagi Sektor Pembinaan, iaitu struktur pasaran, sifat bahan pembinaan yang lazimnya mempunyai jenis yang serupa (homogeneous nature), prosedur bidaan dan kerja-kerja sub-kontrak yang terlibat, jelas Yang Berhormat Menteri.

 

 

Dengan pelaksanaan kerja-kerja persediaan ke arah penguatkuasaan larangan kartel dan kelakukan anti-persaingan, Yang Berhormat Menteri menekankan bahawa mempelajari cara-cara bagi mengurangkan dan menghalang kelakuan anti-persaingan adalah penting bagi Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai relevan yang terlibat, memandangkan kelakuan anti-persaingan membawa kepada ketidakcekapan dan harga yang meningkat yang akan memberi kesan kepada belanjawan kerajaan, orang ramai dan ekonomi.

 

 

Mengambil kira peningkatkan jumlah aktiviti perolehan yang melibatkan pelan instruktur bagi jangka panjang, Yang Berhormat juga berharap pegawai-pegawai perolehan akan mempelajari langkah-langkah bagi melahirkan proses perolehan yang kompetitif, dan menggalakkan persaingan terbuka dan efektif ke arah penggunaan sumber-sumber kerajaan yang lebih cekap.

 

 

Yang Berhormat Menteri seterusnya mengakhiri kata alu-aluan dengan menyatakan harapan agar lebih banyak kerjasama dapat dilaksanakan di antara Pengawal Selia Sektor Pembinaan, pihak Autoriti Persaingan dan pihak-pihak berkepentingan dalam Sektor Pembinaan, bagi menangani sebarang isu pasaran yang berpotensi untuk timbul dalam Sektor Pembinaan.

 

 

 

Sesi yang melibatkan para Pakar Persaingan dari Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia serta Universiti Melbourne tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan.

 

 

Para Pakar Persaingan mengongsikan pengalaman dalam mengurangkan dan menghalang kelakukan anti-persaingan di Sektor Pembinaan, yang mana jika tidak ditangani, boleh menyumbang kepada harga yang meningkat dan pilihan yang terhad dan seterusnya memberi kesan kepada kesejahteraan pengguna, perbelanjaan kerajaan dan berpotensi untuk menjejaskan kedayatahanan pertumbuhan Sektor Pembinaan dan Ekonomi.

 

 

Turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny; Timbalan Menteri Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha-setiausaha Tetap dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Pembangunan; Ahli-ahli Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam; serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan, JPKE dan Pejabat Peguam Negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07