FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Harapan, Sokongan Berterusan Kepada Mangsa Strok


 


 October 30th, 2018  |  09:16 AM  |   282 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penyakit Strok atau Angin Ahmar adalah sejenis penyakit tidak berjangkit yang boleh dihidapi oleh sesiapa pun, ahli keluarga kita, sahabat kita, rakan sekerja kita atau seseorang yang kita kenali.

 

Setiap tahun, seluruh negara di dunia termasuk Negara Brunei Darussalam meneruskan usahanya dan perjuangannya dalam mengukuhkan tindakan-tindakan pencegahan, rawatan dan pengawalan Penyakit Strok atau Angin Ahmar juga dalam mengurangkan beban penyakit berkenaan.

 

Bagi memperingati perjuangan tersebut, Hari Strok Sedunia di sambut pada setiap 29 Oktober dan tahun ini, tema Hari Strok Sedunia ialah 'Bangkit Semula Setelah Strok'.

 

Perkara ini dinyatakan dalam isi Perutusan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar sempena Hari Strok Sedunia 2018.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya berkata, di mana serangan Strok boleh berlaku secara mengejut dan mengubah hidup kita dalam sekelip mata.

 

Tambah Yang Berhormat, apabila aliran darah ke otak terjejas, kerosakan kepada tisu otak boleh menyebabkan perubahan kekal seperti kelemahan pada lengan atau kaki, hilang keseimbangan badan, kesukaran dalam pertuturan, masalah ingatan (demensia) yang menyebabkan ketidakupayaan atau dalam kes yang lebih serius ia boleh membawa kepada kematian.

 

Di seluruh dunia ujar Yang Berhormat, Strok menyebabkan satu dalam sepuluh (1 dalam 10) jumlah kematian dan ia adalah punca kematian kedua tertinggi dalam kalangan orang yang berumur lebih daripada 60 tahun, dan di Negara Brunei Darussalam pula, penyakit Strok adalah penyebab kematian keempat tertinggi, dengan kira-kira sebanyak 143 kematian pada tahun 2017 dan kebanyakan daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, manakala, lebih dari 300 kes Strok berlaku dalam setahun di negara ini dan ini bermakna sebanyak 300 orang dan keluarga mereka akan terganggu dan terjejas oleh Strok, tambahan lagi, kira-kira 78% daripada penghidap Strok ini adalah daripada kaum lelaki.

 

''Apa yang turut signifikan ialah beban ketidakupayaan (disability) yang disebabkan oleh serangan Strok yang memberi impak bukan sahaja kepada yang menghidapinya, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat yang terbabit. Menurut Pertubuhan Strok Sedunia (W.S.O), 80 juta orang di seluruh dunia adalah mangsa Strok yang terselamat (survivors) dan 50 juta orang daripada jumlah tersebut kini menempuh hidup dengan ketidakupayaan ataupun 'disability' yang kekal. Bahkan, Strok adalah penyebab utama ketidakupayaan di seluruh dunia.

 

''Oleh yang demikian, saya menggesa kita semua untuk memberi harapan dan sokongan berterusan kepada yang terjejas, termasuk ahli keluarga untuk mendapatkan bantuan dalam penjagaan dan pemulihan yang terbaik kepada mangsa Strok, termasuklah dalam aspek pengintegrasian semula dalam masyarakat seperti kembali ke tempat kerja atau mengamalkan aktiviti harian mereka tanpa mengira sebarang ketidakupayaan,'' jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, pada hakikatnya, Strok boleh dicegah dan faktor-faktor risiko Strok seperti tekanan darah yang tidak terkawal, kolesterol tinggi, diabetis, obesiti dan merokok semuanya boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjalani rawatan yang berkesan, manakala, menangkap atau menyedari dengan pantas tanda-tanda Strok serta bertindak terus menghadiri ke Jabatan Kecemasan di mana-mana hospital boleh membuat perbezaan yang besar dari segi pemulihan dan kesan Strok kepada mangsa.

 

Maka dengan itu ujar Yang Berhormat, adalah penting bagi kita semua mengenali tanda-tanda Strok dengan PANTAS (atau BE FAST) :

 

- PERGERAKAN : Tiba-tiba hilang keseimbangan atau koordinasi badan. (BALANCE : Sudden loss of balance or coordination).

 

- ADA KESULITAN MELIHAT : Perubahan penglihatan secara tiba-tiba, seperti penglihatan berganda atau buta pada sebelah mata. (EYE : Double vision or loss of vision in one eye).

 

- NAMPAK WAJAH MENJEBEK : Menjebek atau rasa kebas pada sebelah muka yang menyebabkan senyuman tidak seimbang. (FACE : Face drooping or weakness on one side).

 

- TANGAN KEBAS : Kelemahan pada satu tangan, dan seperti tidak dapat mengangkat kedua-dua tangan. (ARM : Sudden weakness of an arm, and as if having difficulty to raise both arms).

 

- AMAT SUKAR BERCAKAP : Ucapan tidak jelas atau ucapan yang sukar untuk difahami. (SPEECH : Trouble speaking or understanding).

 

- SEGERA DAPATKAN BANTUAN : Dapatkan rawatan dengan segera di Jabatan Kecemasan dengan menghubungi 991, walaupun tanda-tanda seolah-olah hilang. (TIME : Act quickly to go to the Emergency Department by calling 991, even if the signs appear to cease).

 

''Dengan pemberian rawatan seawal-awalnya dan mendapatkan jenis penjagaan yang bersesuaian, kita mampu mengurangkan risiko Strok. Walau bagaimanpun, bagi mereka yang sudah terjejas oleh Strok, dengan penjagaan yang betul - digabung dengan keinginan yang kuat untuk bertahan dan untuk bangkit semula - ia boleh memberikan perbezaan yang besar pada kesihatan keseluruhan dan sememangnya tidaklah mustahil bagi mereka untuk #BangkitSemulaSetelahStrok,'' jelas Yang Berhormat.

 

Pada Hari Strok Sedunia ini, tambah Yang Berhormat, marilah kita sama-sama memberi tumpuan kepada perkara yang menyatukan para mangsa dan penjaga mangsa Strok, iaitu daya tahan, keupayaan dan keazaman mereka yang kuat untuk meneruskan perjalanan ke arah pemulihan demi menuju kehidupan harian yang penuh makna selepas mengalami Strok.

 

''Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan lain seperti Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre, Pantai Jerudong Specialist Centre pula akan terus memberi tumpuan kepada strategi-strategi untuk mencegah, merawat dan mengawal Strok. Dengan itu, kami meneguhkan komitmen kami untuk terus mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Strok bagi mengurangkan bebanan penyakit ini. Tidak dinafikan bahawa cara yang paling berkesan untuk menangani Strok adalah dengan mengamalkan dan memperlakukan gaya hidup yang sihat, di samping mendapatkan rawatan tepat pada masanya.

 

''Pengesanan dan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa. Akhirnya, marilah kita sama-sama menjadikan kehidupan orang-orang di sekeliling kita, khususnya yang terjejas dengan Strok lebih baik dan berganding bahu dalam membantu pesakit Strok #BangkitSemulaSetelahStrok,'' jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07