FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Singapura Kukuhkan Ikatan Ketenteraan


TETAMU kehormat, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II menyampaian sijil kepada para peserta Program BSDSDP - Alumni 2018.TETAMU kehormat, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II menyampaian sijil kepada para peserta Program BSDSDP - Alumni 2018.

 


 October 30th, 2018  |  09:26 AM  |   389 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Fasa kedua dan terakhir Program Pembangunan Sarjana Pertahanan Brunei - Singapura Ke-10, 2018 (10th Brunei - Singapore Defence Scholars Development Programme - BSDSDP 2018 sampai ke penghujungnya dengan majlis penutup di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah selepas pengendalian pelajaran kepimpinan, aktiviti-aktiviti bagi memantapkan tahap kepimpinan dan sesi dialog selama dua minggu.

 

Fasa pertama tersebut dihoskan di Republik Singapura bermula dari 22 hingga 26 Oktober 2018, diikuti dengan fasa Brunei dari 26 hingga 30 Oktober 2018, yang melibatkan seramai 20 orang mahasiswa / mahasiswi, yang mana 10 orang mewakili Kementerian Pertahanan dari setiap negara.

 

Hadir di majlis penutup tersebut selalu tetamu kehormat ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Juga hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; pengarah-pengarah dari pelbagai kementerian, termasuk pemimpin belia dan pegawai bukan kerajaan.

 

Turut hadir para pegawai Negara Brunei Darussalam yang terdiri dari alumni peserta BSDSDP yang terdahulu dan Setiausaha Tetap (Pertahanan) Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Chan Yeng Kit dan disertai oleh Komandan SAFTI Military Institute (MI), Brigedier Jeneral Chua Boon Keat dan Head of Centre for Leadership Development (CLD) SAFTI MI, Kolonel Lim Lit Lam bagi mewakili Kementerian Pertahanan Republik Singapura.

 

Fasa Negara Brunei Darussalam merangkumi tiga sesi perkongsian, di mana para peserta berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai topik 'Challenges in Defence, Prospects for Cooperation', 'Roles of Young Leaders in Nation Building', dan 'Life after BSDSDP'.

 

Sejak BSDSDP bermula pada tahun 2007, ianya merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam menyumbang kepada perkembangan peribadi dan kerjaya profesional penerima-penerima biasiswa dari kedua buah negara.

 

BSDSDP Ke-10 ini meraikan hubungan keakraban dan kerjasama di antara penerima-penerima biasiswa di dalam kedua negara, di mana program ini bertujuan bagi menyatukan ahli-ahli alumni BSDSDP untuk menyambung semula dan menyemai ikatan persahabatan yang telah dipupuk sebelum ini.

 

Sebagai ciri utama dalam hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, bidang pertahanan telah memainkan peranan penting di antara lain inisiatif keseluruhan kerajaan dalam membentuk pertalian dan kerjasama antara kedua-dua negara. BSDSDP adalah penting dalam membina asas hubungan persahabatan di peringkat rendah sebagai pelaburan sepanjang hayat bagi kedua-dua Kementerian Pertahanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07