FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BSDSDP Asas Pembangunan Kepimpinan Sepanjang Hayat


MENTERI Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Hai Mohd. Yussof semasa berucap di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil BSDSDP Ke-10, 2018.

 


 October 30th, 2018  |  09:29 AM  |   308 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Pembangunan Sarjana Pertahanan Brunei - Singapura (Brunei - Singapore Defence Scholars Development Program - BSDSDP) sejak ditubuhkan pada 2007 telah menjadi komponen penting dalam latihan dan pembangunan para Sarjana Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

Program tersebut sebagai tambahan untuk menyediakan asas bagi pembangunan kepimpinan sepanjang hayat untuk para pemimpin masa depan, yang bertujuan mengukuhkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara, serta memupuk penglibatan pemimpin masa depan.

 

Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berucap demikian pada Majlis Penutup BSDSDP Ke-10 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bolkiah Garison, di sini.

 

Jelasnya, program itu merupakan lanjutan hubungan silaturahim yang baik yang dikongsi dan dinikmati semua peringkat di Singapura dan Brunei.

 

Menurut Yang Berhormat, kedua-dua negara berkongsi hubungan yang istimewa sejak sekian lama, yang dilahirkan dan dibesarkan dari persahabatan yang erat antara pemimpin-pemimpin kita yang hebat dan dihormati, Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

 

Tambahnya, pemimpin kita telah lama mengenali bahawa Negara Brunei Darussalam dan Singapura mempunyai banyak persamaan dan melengkapi kekuatan dan kedua-dua belah pihak memupuk dan memperkuatkan hubungan selama ini.

 

Hubungan kedua-dua negara ini jelas Yang Berhormat, terus dinikmati dengan pertukaran lawatan yang kerap termasuk di peringkat tertinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07