FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cerminkan Sikap Pemedulian, Dukung Anak Tempatan Berkembang Maju


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama para pelajar IBTE Kampus Agroteknologi.

 


 October 30th, 2018  |  09:35 AM  |   391 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari ini ke beberapa buah tapak perusahaan pertanian di bawah kawalan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) di Daerah Brunei dan Muara mencerminkan sikap pemedulian baginda di dalam mendukung anak tempatan kita untuk sentiasa berkembang maju bagi menghasilkan sesuatu yang dapat disumbangkan kepada negara dari segi menjana ekonomi dalam bidang pertanian.

 

Sebanyak tiga tapak di kawasan yang sama, iaitu Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei, Kampung Kilanas berkenan dilawat oleh baginda.

 

Tapak pertama yang dikunjungi ialah ladang yang diusahakan di bawah Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) yang dikelolakan oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Ketua Urusetia bagi program PROPAZ ialah Awang Haji Abd. Kahar bin Haji Hussin dan program berkenaan bertujuan untuk mengupayakan asnaf fakir dan miskin serta membuka peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada para peserta program.

 

Tanah seluas 1.1 hektar ini diusahakan oleh lima peserta PROPAZ yang menanam jenis-jenis tanaman seperti cili, sayur daun dan jagung.

 

Ladang kedua yang dilawat oleh baginda ialah RZ Prisma Enterprise yang mempunyai tanah seluas satu hektar, yang menanam sayur daun dan buah-buahan bernilai tinggi, menggunakan Sistem Rumah Terlindung (Greenhouse) dan Sistem Hidroponik Bertingkat (Vertical Farming).

 

Perusahaan ladang tersebut merupakan salah satu Projek Rintis di bawah kelolaan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang mula bergiat pada tahun 2017 dan diurus oleh Pengiran Dato Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

 

Ladang tersebut mempunyai seramai enam pekerja dan hasil ladang dipasarkan ke beberapa buah tempat di negara ini seperti Lifestream Organic Anajat dan Leong Wui.

 

Tapak ketiga yang dilawat ialah Ladang Ameenfarm Agrotech and Trading, menyaksikan penggunaan Sistem Fertigasi dan Rumah Terlindung pada tanaman jenis sayur daun, sayur buah (tomato dan terung) dan buah-buahan (batat dan sekoi).

 

Perusahaan ladang seluas empat hektar ini merupakan salah satu Projek Rintis di bawah kelolaan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, yang mula bergiat pada tahun 2016 dengan mempunyai seramai lima pekerja dan Pengurus ladang ialah Awang Haji Irwandy bin Haji Lois.

 

Kebawah DYMM seterusnya dijunjung berangkat ke Ladang Perusahaan Riza Fudhlana Farming di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Tanah Tuah, Kulapis, milik Pengiran Haji Haris bin Pengiran Haji Duraman.

 

Syarikat ini mempunyai seramai 16 pekerja, mula memajukan ladang berkenaan pada tahun 1994 secara Sistem Konvensional dan kemudiannya menggunakan teknologi Sistem Reban Tertutup bermula tahun 2014 di atas tanah seluas empat hektar bagi ternakan ayam pedaging, yang mana setiap satu reban boleh menampung 20,000 hingga 23,000 ekor ayam setiap pusingan.

 

Seterusnya ialah Ladang Syarikat Tunas Harapan dan Hua Ho Agricultural Farm Sendirian Berhad di KKP Sibongkok, Kampung Masin yang mengamalkan Sistem Rumah Terlindung dan Sistem Pengairan Titis (Drip Irrigation) di atas tanah seluas 20 hektar.

 

Jenis tanaman yang ditanam adalah sayur daun, sayur buah dan buah-buahan tidak bermusim seperti buah tin, buah naga, buah ciku, buah belimbing, buah jambu batu dan lain lain.

 

Ladang tersebut diurus oleh Lau How Teck dan mempunyai seramai 162 pekerja.

 

Tapak seterusnya yang dilawat oleh baginda ialah Ladang Syarikat Koperasi Setia Kawan (KOSEKA) yang terletak di KKP Wasan yang mempunyai seramai 45 pekerja.

 

Dengan keluasan tanah 186.7 hektar, ladang ini diketuai oleh Lt. Kol. (B) Awang Haji Mohd. Shahlan bin Hidup, yang mana aktiviti utama adalah penanaman padi berhasil tinggi dan mula bergiat pada tahun 2006.

 

Ladang terakhir dilawat oleh baginda ialah Majlis Perundingan Mukim (MPM) Pengkalan Batu juga bertempat di KKP Wasan, yang mempunyai keluasan tanah 56 hektar.

 

Pengerusi ladang ialah Awang Haji Tahir bin Haji Tarip dan Ketua Ladang ialah Awang Haji Yakub bin Haji Othman.

 

Aktiviti utama ladang juga merupakan penanaman padi yang menggunakan jentera ladang dan menghasilkan varieti padi berhasil tinggi dengan keramaian 20 pekerja yang mula bergiat pada tahun 2006.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07