FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tiga Produk Kesihatan Dicemari Ubat-Ubatan Barat


 


 October 31st, 2018  |  08:04 AM  |   362 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan tiga produk kesihatan, yang mana hasil daripada ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan mendapati bahawa produk-produk tersebut didapati dicemari dengan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan.

 

Produk-produk tersebut adalah seperti produk Core Run Capsule dari pengilang Nature Nutri Co. Ltd., Thailand yang dicemari dengan Tadalafil; produk Gold Viagra Pills dari pengilang Hongkong Jingongfu Biotechnology Co. Ltd. yang dicemari dengan Sildenafil dan produk Black Ant King Pills 3800mg dari pengilang Hongkong Hongwei Bioengineering Company yang dicemari dengan Sildenafi.

 

Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Tadalafil dan Sildenafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang memerlukan preskripsi doktor.

 

Antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah berasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening.

 

Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan bagi penjualan produk-produk tersebut.

 

Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Oleh itu, orang ramai yang telah membeli atau memakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan penggunaannya dengan serta merta.

 

Jika mereka mengalami kesan 'advers' dan berasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 untuk menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan dan boleh dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara enam bulan, jika didapati bersalah.

 

Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau mungkin membahayakan nyawa manusia, jika didapati bersalah, akan didenda sebanyak BND16,000 dan 12 bulan penjara.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan ke Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon +673 2393298 sambungan 208; menghantar e-mel ke '[email protected]'; berjumpa terus Pegawai Komplians dan Perlesenan di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong 'A' atau hubungi Talian Darussalam 123.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30