FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penjualan Kosmetik, Ubatan Tanpa Kebenaran : Kompaun Dikenakan


 


 October 31st, 2018  |  08:12 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat serta penduduk di Negara Brunei Darussalam sentiasa terjamin, Kementerian Kesihatan sekali lagi menekankan bahawa adalah menjadi kesalahan di bawah Perintah Ubat, 2007 dan Peraturan-peraturan di bawahnya bagi mana-mana individu atau syarikat termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya yang mengimport, mengilang, mengedar, mengiklan dan menjual produk-produk ubat-ubatan termasuk ubat tradisional, suplemen kesihatan dan produk kosmetik tanpa ada kebenaran dari pihak Kementerian Kesihatan.

 

Di bawah Seksyen 77 Perintah Ubat 2007, Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan denda kompaun bagi sebarang kesalahan terhadap perintah ini atau di bawah sebarang aturan yang dibuat di bawahnya dengan memungut daripada orang yang telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi daripada BND2,000.00.

 

Justeru itu, Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sejak 1 Jun 2018 lalu, kementeriannya melaksanakan denda kompaun tersebut terhadap individu-individu atau syarikat yang telah didapati melanggar kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Ubat, 2007 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

 

Objektif pelaksanaan denda kompaun tersebut adalah sebagai salah satu langkah bagi memantapkan pengawalan penjualan dan pembekalan produk-produk ubat-ubatan, ubat tradisional, suplemen dan produk kosmetik, seterusnya memastikan produk-produk yang dipasarkan mematuhi keperluan undang-undang yang berkuat kuasa, di samping memastikan hanya produk yang berkualiti dan selamat sahaja boleh digunakan dan dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kanpung Madaras, Mukim Gadong 'A', melalui talian +673 2393298 / +673 2393301 / +673 2393230 sambungan 208 atau e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16