Home > Bahasa Melayu
Pendaftaran Berkhatan Mulai 19 - 28 November
October 31st, 2018 | 08:15 AM | 1096 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pendaftaran Perkhidmatan Berkhatan bagi Musim Cuti Persekolahan Penggal Ketiga Tahun 2018 akan bermula pada 19 hingga 28 November 2018.
Manakala Perkhidmatan Berkhatan pula bermula pada 29 November hingga 26 Disember nanti, dibukakan dari jam 8.15 pagi hingga 11.15 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang (pada waktu hari bekerja sahaja), bertempat di Bekas Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Blok 3, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) (berdepanan dengan Kantin BKSS, Hospital RIPAS).
Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa bersama anak mereka berserta salinan surat beranak dan kad Bru-HIMS semasa membuat pendaftaran bagi pemeriksaankesihatan.
Orang ramai juga bolehlah menghubungi Pegawai-pegawai Pengkhatan yang bertugas di Unit Berkhatan, Hospital RIPAS pada waktu hari bekerja sahaja mulai 3 November ini melalui talian +673 2242424 sambungan 6431.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]