FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jumlah Perdagangan Negara Meningkat 49.4 Peratus


Prestasi perdagangan bagi Negara Brunei Darussalam.

 


 October 31st, 2018  |  08:28 AM  |   189 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan pada bulan Julai 2018 meningkat kepada BND1,315.3 juta berbanding BND880.4 juta pada bulan Julai 2017, iaitu peningkatan sebanyak 49.4 peratus tahun ke tahun.

 

Menurut Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) bagi bulan Julai 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), jumlah eksport meningkat pada kadar 41.6 peratus tahun ke tahun kepada BND841.0 juta (Julai 2018) dari BND593.8 juta (Julai 2017).

 

Peningkatan itu disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport Minyak Mentah dan Gas Cecair Asli (LNG) yang masing-masing meningkat sebanyak 55.3 peratus dan 27.0 peratus tahun ke tahun berikutan peningkatan jumlah isi padu dan purata harga Minyak Mentah dan LNG.

 

Jumlah import mencatatkan peningkatan sebanyak 65.5 peratus tahun ke tahun daripada BND286.6 juta (Julai 2017) kepada BND474.3 juta (Julai 2018).

 

Manakala itu, lima komoditi import utama adalah Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (35.9 peratus) diikuti oleh Barang-Barang Keluaran Kilang (34.5 peratus), Makanan (9.9 peratus), Bahan Api Galian (6.4 peratus) dan Bahan-Bahan Kimia (6.3 peratus).

 

Pada bulan Julai 2018, pasaran eksport terbesar adalah Negara Jepun iaitu sebanyak 22.5 peratus diikuti oleh Australia (14.1 peratus), Republik Korea (13.3 peratus), Thailand (11.5 peratus), Taiwan (10.6 peratus) dan lain-lain.

 

Dari segi import mengikut negara asal, sumbangan terbesar adalah dari Negara China sebanyak 47.0 peratus diikuti oleh Singapura (14.6 peratus), Malaysia (12.7 peratus) dan lain-lain.

 

IMTS bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan 'General System' bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula.

 

Laporan penuh IMTS bagi bulan Julai 2018 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE di www.depd.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06