Home > Bahasa Melayu
Lawatan Rombongan Bendemeer Primary School, Singapura Ke SR HMJMK
PARA pelajar dan guru-guru daripada Bendemeer Primary School berpeluang mengenai budaya masyarakat Brunei dengan menyertai permainan dan merasa makanan tradisi negara ini
October 31st, 2018 | 08:32 AM | 409 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rombongan daripada Bendemeer Primary School (BPS), Singapura hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Rendah Haji Mohd. Ja'afar Maun Kiulap (SR HMJMK).
Rombongan terdiri daripada 35 pelajar dan enam guru yang diketuai oleh Guru Besar BPS, Loy Shing Qin itu telah dialu-alukan oleh Guru Besar SR HMJMK, Dayang Hajah Noraini binti Haji Timbang.
Semasa lawatan tersebut, rombongan dipersembahkan dengan beberapa tarian tradisional, lawatan ke Bilik Pra, kongsi sama pengajaran Melayu Islam Beraja (MIB) dan melihat pameran yang mempamerkan makanan, permainan dan pakaian tradisional Brunei.
Antara lain tujuan lawatan tersebut adalah bagi memberikan pendedahan yang lebih dekat kepada pelajar BPS, di samping menimba ilmu pengetahuan dan mengenali budaya kehidupan adat resam negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]