FacebookInstagramTwitterContact

 

Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen Derma Darah Hari Guru Kumpul 63 Pain Darah


SEBAHAGIAN dari para pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan serta orang ramai berpeluang ikut serta Kempen Derma Darah sempena Hari Guru Ke-28 yang telah diadakan di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baharu, Kementerian Pendidikan

 


 October 31st, 2018  |  08:41 AM  |   249 views

BERAKAS

 

Sebanyak 63 pain darah berjaya dikumpul pada Kempen Derma Darah sempena Hari Guru Ke-28 Tahun 2018 yang diadakan di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baharu Kementerian Pendidikan di sini.

 

Kempen dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Perkhidmatan Makmal Klinikal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan.

 

Kempen antara lain memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta orang ramai menderma bagi usaha membantu mereka yang memerlukan darah.

 

Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor semasa ditemui pada kempen tersebut menjelaskan, keperluan darah sering diperlukan terutamanya bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

 

Awang Ali Yusri menjelaskan bahawa dengan menderma darah, badan kita akan menjadi semakin sihat dan beliau menolak persepsi bahawa menderma darah akan menyebabkan kegemukan pada seseorang.

 

Beliau yang sudah mencapai 80 kali menderma darah menyatakan bahawa dengan menderma darah ianya menjadi satu kepuasan kepada diri kita sendiri dan berharap darah yang didermakan itu menjadi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

 

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Jalil bin Pengarah Haji Kapitan yang juga selaku Penyelaras Kempen Derma Darah menjelaskan bahawa kempen tersebut adalah salah satu aktiviti bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-28 tahun ini.

 

Menderma darah tambahnya mempunyai banyak kebaikan antaranya dapat membantu pesakit-pesakit selain membersihkan darah dalam tubuh badan kita sekaligus menjadikan badan sihat dan cergas.

 

Bagi mereka yang belum pernah menderma darah jelasnya adalah sangat digalakkan bagi sama-sama membantu stok tabung darah di Pusat Pendermaan Darah, di samping meningkatkan kesihatan tubuh badan masing-masing.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16