FacebookInstagramTwitterContact

 

1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>           NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>           Russians Sent To Niger Airbase Occupied By US Troops           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyertaan Perlawanan Golf Amal Pusat Ehsan 2018 Dibukakan


PEMEGANG Amanah dan Pemangku Pengerusi Pusat Ehsan selaku Jawatankuasa Penasihat Perlawanan, Dato Paduka Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Pengerusi perlawanan, Awang Seruji bin Haji Setia pada Sidang Media mengenai Perlawanan Golf Amal Pusat Ehsan.

 


 October 31st, 2018  |  08:45 AM  |   641 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perlawanan Golf Amal Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) Kali Ke-17, 2018 akan diadakan pada 23 hingga 25 November 2018, bertempat di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei (RB), Berakas.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi perlawanan, Awang Seruji bin Haji Setia pada Sidang Media mengenai perlawanan tersebut yang berlangsung di Kelab Golf RB, di sini.

 

Menurut beliau, kejohanan tersebut dijalankan berdasarkan 'System 36 (Stroke Play)', tetapi bagi Pemain Gross, acara Special Sunday Gross akan dijalankan FOC kepada 12 Top Gross Players untuk bertanding dan mendapatkan trofi cabaran.

 

''Kejohanan ini dibukakan untuk siapa sahaja yang berminat. Ia juga menampilkan The Patron's Challenge Trophy, yang dibukakan untuk wanita dan para pemain golf senior,'' jelasnya.

 

Beliau juga turut menyatakan mengenai dengan yuran pendaftaran termasuk sarapan, makan tengah hari dan bugi (kereta golf). Menurutnya lagi, kategori-kategori yang dibukakan adalah sama seperti perlawanan-perlawanan sebelumnya, iaitu Best Overall Gross; Best Overall Nett; Division 'A' (0-9); Division 'B' (10-18); Division 'C' (19-24); Senior Golfers (55 tahun ke atas); Ladies Event dan VIP & Sponsor.

 

Sementara itu, Pemegang Amanah dan Pemangku Pengerusi Pusat Ehsan selaku Jawatankuasa Penasihat Perlawanan, Dato Paduka Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab juga menjelaskan, mengenai hadiah-hadiah khas bagi pemenang Hole-in-Ones, Bull's Eye dan Putt-Stop Challenge.

 

Pengurusan kejohanan pula melibatkan Perkongsian Sektor Awam dan Swasta (Public Private Partnership - PPP) dan jawatankuasa penganjur, yang dilantik dan bertanggungjawab kepada Pusat Ehsan, mempunyai beberapa ahli sukarela dari sektor swasta dan awam.

 

Menurut Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan yang juga selaku Jawatankuasa Penasihat Perlawanan, Awang Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman, Pusat Ehsan sebagai organisasi amal bukan kerajaan dan bukan berdasarkan keuntungan, memperoleh dana sepenuhnya daripada sumbangan masyarakat dan oleh itu, menambah dana untuk pusat itu adalah matlamat utama kejohanan.

 

''Kami mengucapkan terima kasih atas semua sokongan awda terutama Kelab Golf RB dan CityNeon, rakan kongsi acara kami dan Borneo Bulletin dan Media Permata, penyokong media cetak eksklusif kami,'' ujarnya.

 

Tema kejohanan ialah 'Perpetual Care', yang menggariskan keprihatinan dan dedikasi berterusan bagi orang kurang upaya di bawah penjagaan Pusat Ehsan.

 

Borang-borang untuk penyertaan kejohanan berkenaan bolehlah didapati di Kelab Golf RB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16