FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi Terima Sumbangan Lebih BND16 Ribu


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menerima sumbangan derma daripada Yang Berhormat Ong Tiong Oh

 


 October 31st, 2018  |  08:58 AM  |   361 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejumlah BND16,910.00 telah diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi (TKBS) hasil sumbangan daripada Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Masyarakat Tiong Hua dalam majlis berasingan yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Sumbangan sebanyak BND1,180.00 telah diserahkan oleh Presiden PESEBAR, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Awang Yahya bin Haji Awang Ibrahim kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KBS), Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri  Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Manakala penyerahan derma sumbangan daripada Masyarakat Tiong Hua berjumlah BND15,730.00 kepada Yang Berhormat Menteri KBS diadakan berasingan.

 

Penyerahan derma tersebut telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh; Dato Ting Jack Chai serta wakil-wakil daripada Masyarakat Tiong Hua.

 

Turut hadir menyaksikan kedua majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir.

 

Orang ramai yang berhasrat untuk memberikan sumbangan derma berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid, surau-surau, bangunan bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan awam di seluruh negara.

 

Derma juga boleh dihantar menerusi dalam talian melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), 00-001-01-0076007 atau dihantar terus kepada pihak Urus Setia TKBS di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, KKBS pada waktu pejabat.

 

Sumbangan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan SMS dengan menaip BANTU (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah 1, 5, 10, 15 atau 20 dan dihantar ke dalam  talian 38111 bagi pelanggan DST dan pelanggan PCSB sehingga 22 November 2018.

 

Bagi mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyediakan peti tabung kutipan amal boleh mendapatkan pelekat khas daripada pihak Urusetia TKBS semasa waktu pejabat.

 

Kutipan sumbangan derma bagi TKBS berlangsung selama tiga bulan bermula 9 Oktober 2018 hingga 6 Januari 2019.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai TKBS boleh menghubungi Urusetia TKBS melalui talian +673 2381903 Ext 1341/1242 atau melalui e-mel [email protected].

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48