FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesta Usahawan Kampung Mempergiat Ekonomi Pengusaha Kecil Dan Sederhana


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri ketika mengunjungi salah satu petak yang menyertai pesta tersebut.

 


 October 31st, 2018  |  09:01 AM  |   572 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

'Pesta Usahawan Kampung' dihasratkan dapat mempergiatkan lagi perekonomian bukan sahaja perekonomian pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana di Negara Brunei Darussalam tetapi juga khusus bagi pengusaha-pengusaha Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung  yang ada di negara ini melalui Satu Kampung Satu Produk (1K1P).

 

Sebanyak 54 penyertaan termasuk 18 petak Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan selebihnya usahawan tempatan mengambil bahagian dalam pesta berkenaan yang mempromosikan jualan produk-produk makanan dan kraf tangan.

 

Pelancaran Pesta Usahawan Kampung yang  berlangsung di Airport Mall, Berakas hari ini disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga mengadakan kunjungan ke petak-petak pesta berkenaan.

 

Majlis juga diselajurkan dengan perasmian Produk-Produk Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau.

 

Antara produk-produk MPK RPN Panchor Mengkubau ialah Rempah-Rempah, Pais, Keropok Udang dan sebagainya.

 

Pesta tersebut merupakan projek pertama yang dianjurkan oleh MPK Kilanas dengan Kerjasama Jabatan Daerah Brunei Muara  yang melibatkan MPK daripada Daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

 

Pesta diadakan bermula hari ini sehingga 4 November nanti iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Tujuan utama pesta tersebut diadakan adalah bagi mewujudkan satu platform bagi pengusaha-pengusaha 1K1P  yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, dalam mempromosi dan meluaskan pasaran produk perkhidmatan mereka secara langsung kepada bakal-bakal pembeli dari dalam dan luar negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48